Monday 21 October 2019

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 21 oktober 2019, ahli-ahli kumpulan Zamrud telah bekerjasama melakukan gotong-royong.
Aktiviti ini bermula pada 9.00 pagi sehingga pukul 5.30 petang.

Ahli Zamrud bekerjasama membersihkan kawasan kitar semula

Ahli melakukan gotong-royong di kawasan kitar semula.

Ahli Zamrud membetulkan notis didalam bilik rekreasi.

Menyusun semula peralatan di bilik rekreasi.

Ahli mengumpul barang-barang kitar semula.

Ahli mengumpul barang-barang kitar semula.

Ahli sedang membersihkan kawasan landskap zon Zamrud.


Ahli kumpulan membersihkan peralatan di dalam Makmal.

Mencabut rumput di kawasan landskap Zamrud.


Saturday 31 August 2019

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-62 tahun. Tema kemerdekaan bagi tahun ini adalah "SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH".Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan negara yang kita sayangi ini. Negara Bersih, rakyat Sihat.


Friday 30 August 2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN SERTA PERSARAAN STAF

      Pada 30 Ogos 2019, Pusat kesihatan telah mengadakan majlis Perhimpunan bulanan yang bertemakan kemerdekaan serta Majlis Persaraan kakitangan  iaitu Pn. Siti Mahmudah dan Pn. Nafsiah Othman. Majlis ini diadakan di kawasan zon kumpulan Zamrud iaitu di lobi bangunan Annex yang dijayakan oleh kumpulan Nilam serta AJK kelab Pusat Kesihatan.
Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ahli kumpulan Zamrud iaitu En. Anuar Eshak kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UiTM.

Ketua kump. Pn Hanini memberikan cenderamata kepada Pn. Nafsiah Othman, kenangan dari ahli kumpulan Zamrud.

Cenderamata kepada Pn. Siti Mahmudah :)

Selamat Bersara Pn. siti dan Pn. Nafsiah..anda berdua sentiasa di hati kami :)

Sebahagian kakitangan Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama yang bersara. 

Tahniah En. Anuar!

Wednesday 28 August 2019

LATIHAN KOMPREHENSIF STAF MAKMAL

Pada 28 Ogos 2019, satu latihan komprehensif telah diadakan di Makmal Pusat Kesihatan bagi mengendalikan mesin urinalysis U411 untuk kegunaan pemeriksaan kesihatan pelajar baharu.
Latihan ini telah dikendalikan oleh Jurutera dari syarikat ROCHE.


Wakil dari syarikat Roche menunjukkan cara penggunaan mesin urinalysis U411.

Antara ahli kumpulan yang hadir dalam sesi latihan tersebut.


Wednesday 19 June 2019

SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT KESIHATAN 2019

Pada 19 Jun 2019 bersamaan 15 Syawal, Pusat Kesihatan telah mengadakan sambutan majlis Hari Raya yang bertempat di zon Zamrud iaitu lobi bangunan Annex. Majlis sambutan Hari Raya kali ini telah dikendalikan oleh ahli kumpulan kami, iaitu Zamrud. Ahli-ahli kumpulan telah bertungkus-lumus terutamanya ketua kumpulan iaitu Pn. Nurul Hanini demi menjayakan majlis ini.

Ahli kumpulan Zamrud bergambar bersama-sama Pengarah Pusat Kesihatan.

Deretan hadiah cabutan bertuah sumbangan daripada ahli kumpulan Zamrud.

Ahli kumpulan Zamrud bersama ahli kumpulan yang lain.


Masing-masing segak bergaya dengan baju raya.

Ahli kumpulan mengabdikan kenangan bersama :)

Monday 6 May 2019

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1440H



Tiada kebahagiaan tanpa syukur
Tiada rasa syukur tanpa sabar
Tiada sabar tanpa maaf
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir dan batin
Selamat menunaikan ibadah puasa


Kami daripada kumpulan Zamrud mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Kareem 1440H/2019M.

Wednesday 3 April 2019

SALAM ISRAK MIKRAJ



Kumpulan Zamrud ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat, senantiasa meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW serta mendapat syafaatnya.