Thursday 30 October 2014

BENGKEL LATIHAN QE/5S

Pada 29 dan 30 Oktober 2014, pihak Jawatankuasa Latihan QE/5s telah mengadakan bengkel penyediaan dokumen QE/5S kumpulan bagi persediaan untuk audit kelak. Ahli jawatankuasa kumpulan telah diajar untuk membuat hyperlink pada dokumen. Seperti semua maklum hyperlink ini digunakan untuk memudahkan user untuk melihat terus informasi dan maklumat dalam website berkenaan. Good luck semua :)



En Pauzi sedang memberi penerangan mengenai bengkel latihan.
Masing-masing sedang fokus mendengar.






Tuesday 28 October 2014

GOTONG-ROYONG KUMPULAN ZAMRUD

Ahli kumpulan Zamrud telah bekerjasama menjayakan gotong-royong yang diadakan pada 29 Oktober 2014 iaitu pada hari rabu. Agenda utama gotong-royong kali ini adalah menjual barang-barang kitar semula, menukar sudut 5s kumpulan kepada sudut info. Salah satu sebab blog 5s Zamrud diwujudkan adalah bagi menggantikan sudut 5s Zamrud.....:)
Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih pada En Jumali kerana telah menaja makanan yang sedap kali ini, semoga murah rezeki amen..Alhamdulillah. Jom jamu mata dengan foto di bawah ini.









Menyusun atur semula sudut 5S



Mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual

Ahli kumpulan bekerjasama membersihkan tong-tong kitar semula







INOVASI RAK KASUT

Inovasi ini merupakan cetusan idea dari En. Hakimi dari Pengimejan.


Monday 27 October 2014

INOVASI KOTAK PEMULANGAN UBAT

Inovasi ini merupakan hasil idea daripada kakitangan farmasi ahli kumpulan Zamrud pada 7 Disember 2011.





INOVASI FAIL QE/5s


Inovasi fail QE/5s ini telah dilakukan oleh ahli kumpulan Zamrud dalam kaedah penyimpanan
dokumen daripada bentuk 'hard copy' kepada penyimpanan dalam CD.

                                      2 Disember 2012                           1 Januari 2013                            1 Mac 2013

Thursday 2 October 2014

LOGO ZAMRUD












5s???


Mungkin ada yang masih tertanya apakah yang dimaksudkan dengan 5s?

5s ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan
Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa
Amal. 5s merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun yang baik untuk dicontohi. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan dikebanyakan negara contohnya di Malaysia :).
Program 5s juga adalah amalan asas ke arah peningkatan produktiviti dan
kualiti yang berterusan.Jadi apalagi jom kita amalkan 5s ini ditempat kerja dan dirumah juga pun boleh :)
Amalan ini akan menjadikan
sistem kebersihan di tempat kerja dan sekitar  lebih efisien, efektif serta
memudahkan tugas harian. Jadi tunggu apalagi mari kita mulakan sekarang!!!!!

Selamat Datang ke Blog 5s Kumpulan Zamrud Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan bersama dalam amalan 5s :)