Thursday 31 December 2015

AUDIT MPC 2015

Pada 30 Disember 2015, Pusat Kesihatan telah menjalani Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S oleh Perbadananan Produktiviti Malaysia (MPC). Alhamdulillah, proses audit tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua warga Pusat Kesihatan yang telah bekerjasama menjayakan QE5S ini sejak dari mula lagi..

Tn. Hj. Omar Othman Auditor dari MPC bersama-sama dengan Jawatankuasa Induk QE5S.

Tn. Hj. Omar menandatangani buku pelawat.

En. Hakimi wakil dari kumpulan Zamrud membacakan doa pembuka majlis

Tn. Hj. Omar sedang mengaudit di Farmasi Zon Zamrud.

Dr Zaiton memberi penerangan kepada auditor di bahagian pembungkusan ubat.

Dr Zaiton menunjukkan kepada auditor master index stor ubat.

Auditor sedang mengaudit stor ubat.

Auditor sedang memberi ucapan hasil audit yang beliau jalankan.

Tuesday 29 December 2015

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 29 Disember 2015, ahli-ahli Zamrud telah bekerjasama menjalankan gotong-royong bagi persediaan Audit MPC 2015. Pembahagian tugas telah di beri dan ahli-ahli Zamrud telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

Ahli Zamrud sedang membersihkan bawah rak ubat di dalam stor.

Ahli Zamrud sedang mengelap rak ubat.


Ahli Zamrud sedang menyusun kotak-kotak ubat di dalam stor ubat.

Ahli Zamrud sedang membersihkan pintu stor.

Ahli Zamrud sedang mengelap rak Filem  X-Ray.
Ahli Zamrud sedang membetulkan kabinet di dalam Makmal.


Ahli Zamrud sedang mengumpul kotak-kotak untuk dikitar semula.
Ahli-Ahli Zamrud sedang mengumpul kotak-kotak untuk dibawa ke pusat pengumpulan kitar semula.


Ahli Zamrud sedang membersihkan persekitaran Zon Zamrud.
Ahli-ahli Zamrud sedang menyusun atur peralatan di dalam Makmal.



Sunday 20 December 2015

PRA AUDIT QE/5S

Pada 9 Disember 2015, Pusat Kesihatan telah menjemput Auditor Luar dari Institut Latihan Universiti Kg. Gajah, Perak iaitu En. Talib Samad Jamil dan En Ahmad Harmaini Ali untuk Pra Audit QE/5S Pusat Kesihatan UiTM.

Pengarah Pusat Kesihatan bergambar dengan En Ahmad Harmaini & En Talib Samad

En Talib memberi ucapan di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan

En Talib sedang mendengar penerangan daripada Ketua Kumpulan Nilam

Dr Zaiton sedang menerangkan mengenai pembungkusan ubat di Farmasi kepada En Talib

En Talib sedang mengaudit di stor ubat Farmasi

En Talib sedang mengaudit di Unit Pergigian

En Talib sedang mengaudit di Zon Berlian.

Auditor, staf Pusat Kesihatan dan Unit Kesihatan bergambar di pintu masuk Unit Kesihatan Puncak Alam. 


En Talib sedang mengaudit di stor ubat Farmasi Unit Kesihatan Puncak Alam.

Dr Zaiton menyampaikan cenderahati kepada En Talib.




Friday 27 November 2015

AUDIT DALAM KUMPULAN

Pada 26 November 2015, auditor dari kumpulan Zamrud sendiri telah menjalankan audit persekitaran Zon Zamrud untuk persediaan audit dalam serta audit luar nanti. Audit ini telah dijalankan oleh Pn. Faizah dan En. Mohd Anuar selaku auditor dari kumpulan Zamrud.

Pn. Faizah & En. Mohd Anuar sedang menjalankan audit di dalam stor ubat Farmasi.

Audit di dalam pantri Zon Zamrud

En. Mohd Anuar sedang melihat susun atur dan kebersihan di dalam kabinet pantri.





Tuesday 24 November 2015

PERHIMPUNAN BULANAN

Pada 20 November 2015 Kumpulan Zamrud telah ditugaskan untuk menjadi penganjur bagi perhimpunan bulan November 2015. Beberapa ahli telah diagihkan tugas sebagai pengacara majlis, pembaca etika dan pembaca doa. Kumpulan KIK Saisoku dari Pusat Kesihatan telah dijemput untuk sesi perkongsian inovasi yang telah mereka ciptakan iaitu RICECARE.



Staf Pusat Kesihatan yang hadir berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku & lagu UiTM.
Pn Nor Azlina sedang menyampaikan bacaan etika yang bertajuk 'Dedikasi'.

Kumpulan KIK Saisoku sedang membentangkan inovasi mereka.
Pengarah Pusat Kesihatan Dr Zaiton sedang menyampaikan ucapan.

Sumbangan untuk Pn Latifah yang telah masuk wad baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada Pn Siti Mahmudah & En Saifullah di atas anugerah 'Employee Of The Month'.





Thursday 19 November 2015

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 18 November 2015, Kumpulan Zamrud telah mengadakan gotong-royong kumpulan di kawasan sekitar zon Zamrud. Kali ini kami juga bekerjasama membuat gotong-royong di dalam bangunan baru dan Makmal Perubatan.





Wednesday 4 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 3 November 2015, gotong-royong masih lagi dijalankan untuk pemindahan barang-barang makmal lama ke makmal baru. Ramai yang turut menyumbang tenaga pada hari ke-dua ini kerana barang-barang yang besar seperti peti sejuk,kabinet dan meja memerlukan tenaga dan kekuatan dari staf lelaki untuk dialihkan. Proses memindahkan peti sejuk pula sangat mencabar kerana saiznya yang besar dan ruang untuk mengeluarkannya pula sempit. Mewakili dari staf makmal, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang tenaga.





Tuesday 3 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 2 November 2015, Makmal Perubatan Pusat Kesihatan yang terletak di zon Zamrud secara rasminya telah berpindah ke bangunan baru (Annex) Pusat Kesihatan. Ahli-ahli kumpulan Zamrud turut menyumbang tenaga semasa proses pemindahan dijalankan. Proses pemindahan ini telah dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut jenis peralatan yang ada di makmal. Alhamdulillah proses pemindahan ini berjalan dengan lancar dengan pertolongan dari ahli-ahli kumpulan lain juga.




Wednesday 14 October 2015

LAWATAN PENANDAARASAN DARI PPUKM

Pada 13 Oktober 2015, kakitangan dari Pusat Perubatan UKM telah datang membuat lawatan penandaarasan amalan berkualiti QE/5S di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Seramai 27 orang kakitangan PPUKM yang datang melawat pada hari tersebut. Semoga mendapat manfaat dari lawatan itu.
Sister Rokiah antara yang menyambut tetamu dari PPUKM

Bergambar bersama sebagai kenangan

Dr Zaiton sedang memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir





Add caption