Friday 27 March 2015

Perhimpunan Bulanan Pusat kesihatan

Pada 27 Mac telah diadakan perhimpunan bulanan bilangan 2 & 3 di bilik mesyuarat Pusat Kesihatan. Ramai staf yang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Antara ucapan Pengarah Pusat Kesihatan adalah mengingatkan staf  agar sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan menjaga nama baik Pusat Kesihatan dan UiTM.
Staf yang hadir dalam perhimpunan bulanan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberikan ucapan.

'Employee Of The Month'..En Khairul Anam

En Mohamad Hakimi menerima hadiah sumbangan dari staf Pusat Kesihatan sempena perkahwinan beliau.

Monday 23 March 2015

QMS

Pada 14 Mac 2015, Pusat Kesihatan UiTM telah membuat penambahbaikkan pada sistem pengurusan giliran atau 'Queue Management System (QMS)'. Sistem 'QMS' yang baru ini lebih praktikal, sophisticated dan moden berbanding sistem 'QMS' sebelum ini. Sistem ''QMS' yang terbaru ini adalah berbentuk seperti 'tab' dan 'touch screen' dimana sistem ini adalah penggunaan terbaik  serta digunapakai untuk pusat perkhidmatan seperti bank, farmasi, hospital, atau mana-mana organisasi yang mempunyai kaunter. Antara kelebihan sistem ini adalah, menyediakan masa pemantauan untuk analisis pengurusan giliran, masa perkhidmatan, masa pelanggan menunggu, meningkatkan kecekapan pekerja dan seterusnya dapat meningkatkan kepuasan hati pelanggan.



Ini adalah 'QMS' yang digunakan sebelum ini.

'QMS' lama di bahagian Makmal Perubatan

'QMS' berwajah baru iaitu berbentuk 'tab' dan 'touch screen'.

'Counter display' juga berwajah baru.

En. Helmi Pegawai IT memberi latihan dan tunjuk ajar kepada ahli Zamrud
bagaimana menggunakan 'QMS' yang baru.



'QMS' di Farmasi.

'Monitor Display' dipaparkan di bahagaian Pergigian Pusat Kesihatan.


Ini adalah tempat 'Tickect Dispenser' yang diletakkan di sebelah kaunter
Informasi pada bahagian pintu masuk Pusat Kesihatan.


'Monitor Ticket Display' yang mudah digunakan dan mesra pengguna :)












Thursday 12 March 2015

Lawatan Penandaarasan Poliklinik Komuniti Seksyen 7

Pada 12 Mac 2015 Pusat Kesihatan telah menerima lawatan penandaarasan dari Poliklinik Komuniti Seksyen 7 Shah Alam. Lawatan ini dihadiri seramai 22 orang kakitangan yang terdiri dari pelbagai jawatan. Semoga anda semua mendapat manfaat sepenuhnya hasil dari lawatan ini dan selamat maju jaya dalam melaksanakan Amalan QE/5S.



Wednesday 11 March 2015

Meyuarat Khas Perluasan SKOP Pengurusan Amalan 5S

Pada 11 Mac 2015 telah diadakan satu Mesyuarat Khas Perluasan SKOP Pengurusan Amalan 5S yang dianjurkan Pusat Kesihatan. Staf cawangan turut hadir sama dalam meyuarat tersebut.







Gotong-royong

Pada 11 Mac baru-baru ini, kumpulan Zamrud telah mengadakan gotong-royong bulanan. Hampir semua ahli terlibat dalam gotong-royong tersebut.Penumpuan diberikan pada tempat kerja masing-masing dan pemasangan nombor kod berdasarkan pelan lantai yang diberikan oleh pihak fasiliti.
Ahli Zamrud bermesyuarat terlebih dahulu sebelum bergotong-royong.







Lembaran Baru..



Salam tahun baru 2015..walaupun terlewat diucapkan..namun Alhamdulillah kita masih diberi peuang untuk menikmati kehidupan seterusnya dan mari kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Apa yang penting 5s jangan kita tinggalkan ditahun lepas malah kita semai dan pupuk setiap masa.:)