Thursday 27 August 2015

INOVASI ZAMRUD

Pada 26 Ogos 2015 ahli-ahli Zamrud telah bekerjasama membuat satu inovasi iaitu 'Rak kayu untuk gantung mop yang basah'. Sebelum ini, tukang cuci di Pusat Kesihatan telah menjemur mop yang basah di merata-rata tempat kerana tiada tempat yang khusus untuk gantung. Malah pada audit yang lepas pihak auditor telah membuat teguran berkenaan masalah ini. Maka lahirlah idea dari setiausaha kumpulan dan direalisasikan bersama-sama ahli. Rak kayu ini menjimatkan kos kerana menggunakan kayu terpakai yang sudah tidak digunakan lagi.Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Zamrud khususnya En. Jumali, kerana banyak menyumbangkan tenaga untuk inovasi ini.




Sunday 23 August 2015

PERBINCANGAN KUMPULAN

Pada 19 Ogos 2015 satu perbincangan kumpulan Zamrud telah diadakan bagi membincangkan teguran daripada pihak auditor dalam audit baru-baru ini. Ahli-ahli Zamrud juga turut bersama-sama menyumbangkan idea untuk pertandingan 'Lean Management QE/5S'  dan Inovasi yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa promosi QE/5S yang akan diadili pada bulan disember nanti.