Friday 27 November 2015

AUDIT DALAM KUMPULAN

Pada 26 November 2015, auditor dari kumpulan Zamrud sendiri telah menjalankan audit persekitaran Zon Zamrud untuk persediaan audit dalam serta audit luar nanti. Audit ini telah dijalankan oleh Pn. Faizah dan En. Mohd Anuar selaku auditor dari kumpulan Zamrud.

Pn. Faizah & En. Mohd Anuar sedang menjalankan audit di dalam stor ubat Farmasi.

Audit di dalam pantri Zon Zamrud

En. Mohd Anuar sedang melihat susun atur dan kebersihan di dalam kabinet pantri.





Tuesday 24 November 2015

PERHIMPUNAN BULANAN

Pada 20 November 2015 Kumpulan Zamrud telah ditugaskan untuk menjadi penganjur bagi perhimpunan bulan November 2015. Beberapa ahli telah diagihkan tugas sebagai pengacara majlis, pembaca etika dan pembaca doa. Kumpulan KIK Saisoku dari Pusat Kesihatan telah dijemput untuk sesi perkongsian inovasi yang telah mereka ciptakan iaitu RICECARE.



Staf Pusat Kesihatan yang hadir berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku & lagu UiTM.
Pn Nor Azlina sedang menyampaikan bacaan etika yang bertajuk 'Dedikasi'.

Kumpulan KIK Saisoku sedang membentangkan inovasi mereka.
Pengarah Pusat Kesihatan Dr Zaiton sedang menyampaikan ucapan.

Sumbangan untuk Pn Latifah yang telah masuk wad baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada Pn Siti Mahmudah & En Saifullah di atas anugerah 'Employee Of The Month'.





Thursday 19 November 2015

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 18 November 2015, Kumpulan Zamrud telah mengadakan gotong-royong kumpulan di kawasan sekitar zon Zamrud. Kali ini kami juga bekerjasama membuat gotong-royong di dalam bangunan baru dan Makmal Perubatan.





Wednesday 4 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 3 November 2015, gotong-royong masih lagi dijalankan untuk pemindahan barang-barang makmal lama ke makmal baru. Ramai yang turut menyumbang tenaga pada hari ke-dua ini kerana barang-barang yang besar seperti peti sejuk,kabinet dan meja memerlukan tenaga dan kekuatan dari staf lelaki untuk dialihkan. Proses memindahkan peti sejuk pula sangat mencabar kerana saiznya yang besar dan ruang untuk mengeluarkannya pula sempit. Mewakili dari staf makmal, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang tenaga.





Tuesday 3 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 2 November 2015, Makmal Perubatan Pusat Kesihatan yang terletak di zon Zamrud secara rasminya telah berpindah ke bangunan baru (Annex) Pusat Kesihatan. Ahli-ahli kumpulan Zamrud turut menyumbang tenaga semasa proses pemindahan dijalankan. Proses pemindahan ini telah dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut jenis peralatan yang ada di makmal. Alhamdulillah proses pemindahan ini berjalan dengan lancar dengan pertolongan dari ahli-ahli kumpulan lain juga.