Friday 2 December 2016

LAWATAN DARI ORGANISASI LUAR

Pada 2 Disember 2016, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.  Kami warga Pusat Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Sebelum lawatan dilakukan, taklimat diberikan mengenai amalan QE5S Pusat Kesihatan di bilik mesyuarat.

Kunjungan dari sebahagian kakitangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 ke Makmal Perubatan iaitu di salah satu Zon Zamrud.

Lawatan di salah satu bilik konsultasi yang terletak di Zon Zamrud.

Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton memberi penerangan kepada pelawat di Makmal Perubatan.

Ketua Kumpulan Zamrud iaitu Cik Norziyana memberi sedikit penerangan kepada pelawat.

Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti, iaitu Dr Dzulkifli memberi penerangan kepada pelawat mengenai amalan QE5S di bilik konsultasi.

Wednesday 30 November 2016

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 29 November 2016 kumpulan Zamrud telah melaksanakan aktiviti gotong-royong. Tumpuan diberikan pada pengumpulan bahan-bahan kitar semula dan membersihkan kawasan persekitaran.

Ahli-ahli Zamrud sedang membersihkan kawasan persekitaran.


Bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan kitar semula.

Ahli Zamrud membersihkan kawasan persekitaran

Ahli-ahli sedang mengumpul kotak-kotak untuk dikitar semula.


Ketua Kumpulan sedang membersihkan kawasan Zamrud.

Tuesday 29 November 2016

KAIZEN TONG KITAR SEMULA

Pada 29 November 2016 salah seorang ahli Zamrud telah membuat inovasi pada tong kitar semula. Idea ini telah tercetus setelah melihat tong kitar semula dipenuhi sampah sarap di dalamnya oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Pengguna sewenang-wenangnya membuang terus sampah  kerana melihat tong yang terbuka.Masalah ini seringkali berlaku dan penyelesaiaannya adalah dengan membuat gambarajah bagi setiap tong menunjukkan simbol bahan kitar semula. Setiap gambarajah itu dibuat potongan bagi memudahkan bahan kitar semula dapat dimasukkan ke dalam tong.

Gambar di sebelah kiri adalah tong kitar semula sebelum dibuat penambahbaikkan.
Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna iaitu membuang tisu dan kotak minuman di dalam tong kitar semula untuk kertas.

Cara-cara membuat penambahbaikkan pada tong dengan membuat gambarajah simbol setiap tong dan hasilnya.


Hasil inovasi.


Thursday 20 October 2016

Tahukah kita??

Tahukah kita bahawa kertas-kertas yang kita gunakan diambil dan diproses dari pokok. Jika kita terlalu membazir menggunakan kertas dan tidak mengamalkan kitar semula kesannya adalah pada alam sekitar. Maka akan menyumbang kepada pemanasan global dan pemusnahan pokok-pokok yang begitu penting kepada kehidupan manusia dan habitat semulajadi. Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2016 (HASN) yang jatuh pada 21 Oktober marilah kita bersama-sama menjaga dan menghargai alam sekitar kita bermula dari sekarang.


"Menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama"

Monday 19 September 2016

Perhimpunan Bulanan anjuran Kumpulan Zamrud


Pada 19 September 2016, kumpulan Zamrud telah menganjurkan Perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan di bilik mesyuarat. Majlis tersebut bertemakan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun iaitu pada 16 September.

Ahli Zamrud iaitu Pn.Ummu Nabilah sebagai pengerusi majlis

En. Mohd Anuar sebagai ahli Zamrud membacakan bacaan nilai & etika warga UiTM

Antara staf Pusat Kesihatan yang menghadiri perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberikan ucapan kepada staf Pusat Kesihatan.

Tayangan video bagi memperingati semula sejarah penubuhan Malaysia.

Staf baru memperkenalkan diri iaitu, Pn. Maznah Abdul Jalil

Staf baru memperkenalkan diri iaitu, En.Razis Kaswati.









Tuesday 23 August 2016

GOTONG-ROYONG

Pada 23 Ogos 2016, kumpulan Zamrud telah bekerjasama menjayakan gotong-royong membersihkan tempat kerja dan kawasan persekitaran.

Ahli Zamrud sedang membersihkan rak filem X-ray.

Ahli Zamrud sedang bersungguh membersihkan intercom suara
Barang-barang diangkat ke dalam van untuk di hantar ke pusat pengumpulan kitar semula.

Ahli Zamrud sedang mengangkat barang untuk dikitar semula.

Ahli Zamrud sedang membersihkan tong kitar semula.

Ahli Zamrud sedang membersihkan peralatan di bilik rekreasi.

Barang-barang dikumpul untuk dibawa ke Pusat pengumpulan kitar semula.


Monday 15 August 2016

GO GREEN!!!

Pada 12-14 Ogos, ahli-ahli Zamrud Pusat Kesihatan turut terlibat dalam melaksanakan aktiviti "Go Green" di Nur Laman Bestari Eco Resort anjuran dari Jawatankuasa Kekitaan Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Aktiviti yang dilaksanakan adalah dengan membersihkan kawasan persekitaran iaitu memungut botol-botol, plastik, kertas untuk dikitar semula.




Kempen "Go Green" telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan bersama Pengerusi Kekitaan yang juga ahli Zamrud.

Pengarah Pusat Kesihatan menunjukkan cara untuk kitar semula botol minuman.

Kakitangan Pusat Kesihatan bersama Pengarah menunjukkan simbol tangan bagi mewakili simbol 5S.

Aktiviti "Go Green" dijalankan di Nur Laman Bestari Eco Resort.

Ketua Kumpulan Zamrud, dua dari kiri membersihkan kawasan bersama ahli-ahli kumpulan yang lain.

Ahli-ahli Zamrud bekerjasama membersihkan kawasan persekitaran.


Ahli Zamrud dibantu ahli kumpulan lain membersihkan sungai.

Stadium Bestari antara kawasan yang dibersihkan.
Antara botol minuman yang dikumpul untuk dikitar semula.
Antara bahan-bahan kitar semula dan sampah yang berjaya dikumpul oleh kakitangan Pusat Kesihatan.



Friday 5 August 2016

LATIHAN DALAM KUMPULAN

En.Mohd Anuar selaku ahli kumpulan yang lama telah menunjuk ajar kepada ahli-ahli Zamrud  bagaimana cara penyusunan barang dengan betul.

Ahli-ahli Zamrud di ajar untuk kitar semula bahan-bahan terpakai.

Ahli-ahli Zamrud diajar mengenai penyusunan mengikut kaedah IN&OUT, FIFO&FEFO 

Wednesday 27 July 2016

SAMBUTAN HARI RAYA 'IDIL FITRI

Pengarah Pusat Kesihatan merasmikan kempen "PK SAY NO TO STYROFOAM"
Pengarah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kumpulan Zamrud bagi mewakili ahli Zamrud.


Ahli kumpulan dihadapan hidangan meja Zamrud.

Ahli-ahli Zamrud menyiapkan hidangan untuk jamuan Hari Raya.

Ahli-ahli Zamrud