Thursday 23 February 2017

BEKERJASAMA BERGANDING BAHU...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..mulakan hari anda dengan doa agar yang datang semuanya baik-baik belaka..dengan izin-NYA. Di bawah ini dipaparkan kepada anda kerjasama antara kumpulan Nilam dan Zamrud yang diadakan pada 23 Februari 2017. Ahli kumpulan Zamrud membantu Kumpulan Nilam membersihkan piala-piala kemenangan Pusat Kesihatan. Piala-piala ini diletakkan di tempat yang lebih sesuai di dalam kabinet kaca yang terletak di Zon Zamrud.

Ahli Zamrud dan ahli Nilam bekerjasama mengelap piala-piala.



Piala-piala yang dibawa turun dari pejabat oleh kumpulan Nilam ke zon Zamrud.

Menyusun piala di dalam kabinet kaca dengan diketuai oleh Pn. Hafizah.

Piala-piala yang telah dibersihkan dan disusun di dalam kabinet kaca.

Monday 20 February 2017

TAKLIMAT EKSA

Pada 20 Februari 2017, Pusat Kesihatan telah menjemput Sr Nor Fadzillah Bte Haron iaitu fasilitator yang dilantik oleh MAMPU dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor. Tujuan beliau dijemput adalah untuk memberi penerangan mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Beberapa gambar dari taklimat tersebut dipaparkan di bawah ini.


Bergambar bersama-sama Sr Nor Fadzillah.

Pengarah Pusat Kesihatan memberikan kata-kata aluan kepada hadirin.

Sr Nor Fadzillah memberikan taklimat mengenai EKSA kepada kakitangan Pusat Kesihatan.

Jemputan bersama kakitangan Pusat Kesihatan berada di Zon Zamrud.

Ketua Kumpulan menunjukkan kertas yang diguna semula kepada Sr Nor Fadzillah.

Ketua Kumpulan menunjukkan amalan kitar semula Kumpulan Zamrud  kepada Sr Nor Fadzillah.

Ketua Kumpulan Zamrud memberikan penerangan kepada Sr Nor Fadzillah.

Dr Dzulkifli memberikan sedikit penerangan mengenai susun atur bilik beliau.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada Sr Nor Fadzillah.

Friday 17 February 2017

EKSA??

         Apa yang dimaksudkan dengan EKSA? EKSA adalah singkatan daripada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang  merupakan inisiatif dari MAMPU. Penjenamaan semula ini ini adalah bertujuan menambahbaik pelaksanaan amalan 5S, dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam. Pusat Kesihatan UiTM beralih pula ke arah pensijilan EKSA dari MAMPU. JOM EKSA!



Thursday 16 February 2017

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 16hb Februari 2017, ahli kumpulan Zamrud telah melaksanakan gotong-royong kawasan persekitaran. Aktiviti ini bermula pada sebelah pagi dengan diketuai oleh Cik Norziyana. Tumpuan aktitivi tersebut dijalankan di kawasan persekitaran zon dan tempat pengumpulan barang-barang kitar semula.


Ahli kumpulan mencabut rumput di kawasan kolam.

Ahli Zamrud mengumpul dan menyusun barang-barang kitar semula.

Ahli Zamrud mengumpul barang-barang dari tong kitar semula.

Bekerjasama mengatur perabot.

Membersihkan perabot di kawasan Zamrud.

Ahli-ahli Zamrud saling bekerjasama membersihkan kawasan.

Projek 'GO GREEN' yang diketuai oleh Cik Norziyana.


Mempamerkan info mengenai amalan kitar semula pada acrylic board.