Thursday 10 August 2017

LAWATAN PENANDAARASAN UMK KE PUSAT KESIHATAN

       Pada 10 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari Universiti Malaysia Kelantan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Sokongan. Antara tempat yang dibawa melawat adalah di bangunan Annex iaitu di zon Zamrud dan Makmal Perubatan.

Merakamkan kenangan bersama pelawat dari UMK.

Para pelawat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberi sedikit penerangan mengenai "Ticket Dispenser" kepada pelawat.

Melawat kawasan sekitar zon Zamrud di Bangunan Annex Pusat kesihatan.

Pengarah membawa para pelawat melawat kawasan sekitar Zon Zamrud.

Pengarah menunjukkan peralatan yang digunakan di Makmal Perubatan Pusat Kesihatan.

Ketua Kumpulan Zamrud sedang menunjukkan penggunaan alat Accuvein.

Ketua Kumpulan Zamrud memberi penerangan kepada pelawat yang hadir.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada wakil UMK.

Tuesday 8 August 2017

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN PUSAT KESIHATAN

      Pada  8 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan latihan pengungsian bangunan dengan kerjasama para Pegawai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Tujuan latihan pengungsian bangunan (Evacuation Drill Technique) ini adalah memberi pendedahan kepada kakitangan Pusat Kesihatan serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

Kakitangan Pusat Kesihatan sedang mengosongkan bangunan setelah mendengar loceng kecemasan.

Semua kakitangan serta penghuni bangunan sedang berkumpul ditempat yang selamat.

Jentera bomba menuju ke bangunan Pusat Kesihatan setelah mendapat panggilan kecemasan.

Para Pegawai Bomba sedia menjalankan tugas.


Penerangan diberikan oleh Pegawai Bomba.




Ketua Kumpulan Zamrud sedang mencuba latihan memadamkan api.


Ketua Kumpulan Zamrud, mencuba pakaian bomba untuk latihan kebakaran.

Bergambar beramai-ramai antara kakitangan dengan para Pegawai Bomba di hadapan jentera Bomba.

Ahli Zamrud bersama jentera Bomba.


Wednesday 2 August 2017

BENGKEL EMERGENCY RESPONSE TEAM (ERT)

     Pada 2 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah menganjurkan bengkel "Emergency Response Team" yang bertempat di bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan. Bengkel tersebut yang diketuai oleh Ketua Unit Kesihatan Awam Pusat Kesihatan iaitu Dr Nik Kamaruddin bersama ahli jawatankuasa yang lain. Pusat Kesihatan telah menjemput wakil pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah alam untuk memberi taklimat dan panduan kepada "ERT" Pusat Kesihatan.

En. Kamarul sedang memberi penerangan dan panduan kepada hadirin.


Kakitangan Pusat Kesihatan sedang khusyuk mendengar.

En. Kamarul memberi penerangan kepada kakitangan Pusat Kesihatan.

En. Kamarul sedang menguji pili air bomba yang terdapat di Pusat Kesihatan. 








Dr Nik Kamaruddin menyamapaikan cenderamata kepada wakil Pegawai Bomba yang hadir.

Tuesday 1 August 2017

LAWATAN KE JPN DAN UNIT KESIHATAN UiTM SABAH

   Pada 27-28 Julai 2017, sebahagian kakitangan Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke antara jabatan yang telah mendapat pensijilan EKSA iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah. Kakitangan Pusat Kesihatan juga turut melawat unit Kesihatan UiTM cawangan Sabah. Semoga kami mendapat manfaat dan pengetahuan yang lebih mengenai EKSA hasil dari lawatan tersebut.


Kakitangan Pusat Kesihatan merakamkan kenangan bersama kaitangan JPN Sabah.

Timbalan Pengarah JPN Sabah sedang memberikan serba sedikit penerangan kepada hadirin.

JPN Sabah memaparkan mengenai "Garis panduan EKSA".

Timbalan Pengarah JPN menunjukkan carta organisasi yang terdapat di Jabatan tersebut.

Kakitangan JPN Sabah memberi penerangan kepada hadirin.

Sudut informasi yang terdapat di JPN Sabah.



Ketua Zamrud bersama-sama Pengarah Pusat Kesihatan dan Timbalan Pengarah JPN Sabah melihat kawasan sekitar.

Pengarah Pusat Kesihatan menanyakan sesuatu kepada Timbalan Pengarah JPN.

Antara hasil inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan JPN Sabah.

Ahli Zamrud iaitu Dr Nik Kamaruddin melihat sudut sejarah yang terdapat di JPN Sabah.

Pengarah Pusat Kesihatan menandatangani buku lawatan sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah.

Timbalan Pengarah JPN Sabah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pusat Kesihatan.

                   Pengarah Pusat Kesihatan  menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Pengarah JPN Sabah.
Lawatan ke Unit Kesihatan UiTM Sabah.

Ketua Unit Kesihatan UiTM Sabah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti Pusat Kesihatan yang mewakili kakitangan Pusat Kesihatan.

Bahagian Sick bay yang tersusun rapi  yang terdapat di Unit Kesihatan UiTM Sabah.