Thursday 30 August 2018

AUDIT PENSIJILAN EKSA MAMPU

Pada 28 Ogos 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan wakil auditor daripada MAMPU untuk pensijilan EKSA iaitu Puan Zuasma Binti Yahaya. Sesi pengauditan dijalankan di kawasan Zon Nilam, Zon Kecubung, Zon Berlian, Zon Delima dan Zon Zamrud.


Sesi bergambar bersama auditor, Puan Zuasma binti Yahaya


Sesi pengauditan dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit dan diikuti dengan pengauditan kawasan di zon yang terlibat.


Encik Ekhwan Shafiq bin Abdul Khalik sebagai pengerusi majlis



Sesi pengauditan di Zon Nilam.










Sesi pengauditan di Zon Kecubung.








Sesi pengauditan di Zon Berlian.








Sesi pengauditan di Zon Delima.








Sesi pengauditan di Zon Zamrud.








Sesi pengauditan berjalan dengan lancar dan terdapat beberapa teguran yang perlu diambil tindakan segera. Semua warga staff Pusat Kesihatan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya sesi pengauditan tersebut. Semoga Pusat Kesihatan UiTM mendapat pensijilan EKSA. 














Monday 20 August 2018

PERTANDINGAN STOR KUMPULAN TERBAIK EKSA PUSAT KESIHATAN 2018

Pada 15 Ogos 2018 yang lalu telah berlangsungnya pertandingan stor kumpulan terbaik EKSA Pusat Kesihatan 2018. Hanya 1 stor mewakili 1 zon yang akan dipertandingkan. Oleh itu, kumpulan Zamrud telah memilih stor yang berada di makmal perubatan untuk dipertandingkan. 


Memo berkenaan pertandingan stor kumpulan terbaik EKSA


Auditor sedang mengaudit stor yang berada di makmal perubatan sambil diiringi ketua kumpulan Zamrud, iaitu Puan Nurul Hanini Mohd. 

















Monday 13 August 2018

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 2 2018

Pada 07 Ogos 2018 telah berlangsungnya audit dalaman EKSA. Auditor bagi kumpulan Zamrud ialah Puan Habibah Saharan, Puan Ana Farhana Mat Aris dan Encik Mohd Razis Kaswati.


Auditor mengaudit di kawasan bilik x-ray


Auditor di bilik rekreasi


Kumpulan Zamrud mendapat "CEMERLANG" hasil daripada inovasi 


Auditor berada di bilik M 22


Kumpulan Zamrud mendapat "CEMERLANG" untuk aktiviti go green





Terima kasih diucapkan atas segala teguran dan cadangan daripada pihak auditor. 



Tuesday 7 August 2018

ZAMRUD'S SECRET GARDEN 2018

"Zamrud's Secret Garden" adalah taman tanaman herba yang diusahakan oleh ahli kumpulan Zamrud, yang terletak di kawasan laman refleksologi. Sebagai permulaan, pokok herba yang ditanam ialah: 
  • limau kasturi
  • limau purut
  • cili padi
  • pokok lidah buaya
  • daun selom
  • daun kesum
  • daun kari
  • daun kucai
  • serai
  • kangkung
  • bayam
  • sawi

Ahli Zamrud membersihkan laman refleksologi dengan memotong rumput yang panjang dan membersihkan kawasan sekitar laman.











Kemudian, ahli Zamrud menanam pokok herba di dalam pasu yang mengandungi tanah baja organik.

















Pokok-pokok yang telah ditanam di dalam pasu disusun di atas pentas (stage) yang menggunakan barangan kitar semula dari x-ray.









Kumpulan Zamrud merancang untuk menambah lagi  jenis tanaman herba di "Zamrud's Secret Garden".



Friday 3 August 2018

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 02 Ogos 2018, ahli kumpulan Zamrud bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di sekitar bangunan Annex.


Barangan kitar semula yang terkumpul di bawah tangga di bangunan Annex. 







 



Ahli Zamrud mengemas dan menyusun kertas dan kotak untuk dikitar semula.