Tuesday, 12 March 2019

PEMERIKSAAN KESIHATAN NAIB CANSELOR UiTM

Pada 07 Mac 2019, Pusat Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM bagi tujuan pemeriksaan kesihatan sebagai Naib Canselor secara rasmi. Sehubungan itu, pihak pengurusan Pusat Kesihatan membawa Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim melawat ke semua unit perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan.


Pengarah Pusat Kesihatan mengiringi Naib Canselor untuk sesi lawatan ke Pusat Kesihatan


Pengarah Pusat Kesihatan memberi penerangan ketika berada di Farmasi Pusat Kesihatan


Naib Canselor melawat Pusat Diagnostik X-ray

Lawatan diteruskan ke Makmal Perubatan Pusat Kesihatan


Lawatan diakhiri dengan kunjungan Naib Canselor ke Bas Klinik Bergerak Pusat Kesihatan


Tuesday, 5 March 2019

LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Pada 04 Mac 2019, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr. Azizan Abdullah telah hadir melawat ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam bagi tujuan lawatan rasmi serta melihat perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kesihatan. 


Timbalan Naib Canselor HEP menandatangani buku lawatan
sambil disaksikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan

Sesi bergambar bersama Timbalan Naib Canselor HEP


Timbalan Naib Canselor HEP diiringi oleh Pengarah Pusat Kesihatan dibawa melawat di sekitar kawasan Pusat Kesihatan.





Timbalan Naib Canselor bertanya khabar pesakit yang berada di wad sementara Pusat Kesihatan






Lawatan Timbalan Naib Canselor di Farmasi Pusat Kesihatan






Pengarah Pusat Kesihatan memberi penerangan semasa sesi lawatan di Pusat Diagnostik X-ray






Sesi lawatan diteruskan ke gimnasium Pusat Kesihatan




Timbalan Naib Canselor melawat tempat pengambilan darah di Makmal Perubatan Pusat Kesihatan


Sesi penerangan antara mesin-mesin yang digunakan di dalam makmal perubatan