Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Wednesday, 19 July 2017

JAMUAN HARI RAYA PUSAT KESIHATAN

      Pada 19 Julai 2017. Pusat Kesihatan telah menganjurkan jamuan Hari Raya bagi mengeratkan lagi hubungan ukhwah kakitangan Pusat Kesihatan. Program ini telah diadakan di kawasan Zon Zamrud iaitu di bangunan Annex Pusat Kesihatan.

Kakitangan Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama dengan Pengarah Pusat Kesihatan. 

Antara ahli Zamrud yang terlibat dengan jamuan raya tersebut.



Ahli Zamrud sedang menyediakan hidangan dari kumpulan Zamrud.


Antara hidangan yang disediakan pada jamuan raya.


Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada wakil dari Ketua Zamrud sempena program tadarus Al-Quran yang lalu.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada Pn.Nurul Hanini sempena kelahiran cahaya mata beliau.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada Pn.Azana sempena perpindahan beliau ke cawangan Unit Kesihatan Pahang.

Pn. Azana berbesar hati memotong kek yang disediakan untuk beliau.




Meja hidangan dari kumpulan Zamrud.

Friday, 7 April 2017

HARI KESIHATAN SEDUNIA

       Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 april setiap tahun, Pusat kesihatan telah menganjurkan kempen Hari Kesihatan bertempat di dalam banggunan Annex Pusat Kesihatan bermula 5 April hingga 7 April 2017. Hari Kesihatan Sedunia ini disambut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Ahli-ahli kumpulan Zamrud telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan.


Pengarah Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama dengan kakitangan pusat kesihatan serta pelajar senamrobik.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari kempen tersebut iaitu senamrobik.

Ahli Zamrud begitu bersemangat dan ceria mengikuti senamrobik.



Kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling turut sama menyertai kempen Kesihatan.

Suasana pada hari kempen tersebut.

Tuesday, 14 March 2017

HIJAUKAN BUMI KITA..

Kumpulan Zamrud telah mengambil inisiatif untuk membuat tanaman Hidroponik di tempat kerja. Kerja-kerja tanaman hidroponik ini dilakukan sebagai aktiviti kumpulan diluar waktu kerja. Beberapa manfaat boleh didapati melalui aktiviti ini seperti mesra alam, menjimatkan kos, hasil tanaman bersih daripada serangga dan bermacam lagi.



Bekerjasama dengan kumpulan lain menjalankan aktiviti tanaman hidroponik.

Tong-tong hidroponik yang telah siap dimasukkan benang khas.

Ahli kumpulan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan turut sama menyumbang tenaga menjayakan tanaman hidroponik ini.
 
Kain net direntang untuk tanaman hidroponik.


Ahli kumpulan meletakkan air di dalam tong hidroponik.

 
Deretan tong hidroponik yang telah siap disusun di atas bumbung.

Tanaman mula bercambah dan hidup subur.

Hasilnya...segar dan bersih.

Sunday, 8 January 2017

BEBAS PLASTIK DAN POLISTERIN DI SELANGOR

      Kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan beg plastik dan polisterin bermula 1 Januari 2017 ini. Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana melaksanakan kempen tersebut. 

Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.
Dianggarkan pula, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu ialah plastik. (sumber: BERNAMA)

Justeru itu kerjasama serta komitmen yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu diambil kira sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam. Jom kita bawa beg Go Green sendiri untuk mengisi barang yang dibeli :)


Monday, 2 January 2017

SELAMAT DATANG 2017..



Assalamualaikum para pembaca blog Zamrud :). 2016 telah pun melabuhkan tirainya, maka bermulalah lembaran baru iaitu tahun 2017. Semoga tahun ini kita semua dilimpahkan rezeki, dapat mencapai matlamat serta azam yang ditetapkan. Diharapkan jua segala yang kita lakukan dipermudahkan dan menjadikan setiap kerja dan apa sahaja yang kita lakukan berhasil ke arah kebaikkan.

Thursday, 20 October 2016

Tahukah kita??

Tahukah kita bahawa kertas-kertas yang kita gunakan diambil dan diproses dari pokok. Jika kita terlalu membazir menggunakan kertas dan tidak mengamalkan kitar semula kesannya adalah pada alam sekitar. Maka akan menyumbang kepada pemanasan global dan pemusnahan pokok-pokok yang begitu penting kepada kehidupan manusia dan habitat semulajadi. Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2016 (HASN) yang jatuh pada 21 Oktober marilah kita bersama-sama menjaga dan menghargai alam sekitar kita bermula dari sekarang.


"Menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama"

Monday, 19 September 2016

Perhimpunan Bulanan anjuran Kumpulan Zamrud


Pada 19 September 2016, kumpulan Zamrud telah menganjurkan Perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan di bilik mesyuarat. Majlis tersebut bertemakan sambutan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun iaitu pada 16 September.

Ahli Zamrud iaitu Pn.Ummu Nabilah sebagai pengerusi majlis

En. Mohd Anuar sebagai ahli Zamrud membacakan bacaan nilai & etika warga UiTM

Antara staf Pusat Kesihatan yang menghadiri perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberikan ucapan kepada staf Pusat Kesihatan.

Tayangan video bagi memperingati semula sejarah penubuhan Malaysia.

Staf baru memperkenalkan diri iaitu, Pn. Maznah Abdul Jalil

Staf baru memperkenalkan diri iaitu, En.Razis Kaswati.









Friday, 12 June 2015

SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN JURURAWAT

Pada 12 Jun 2015, Pusat Kesihatan telah meraikan semua staf dengan menyambut Hari Pekerja , Hari Jururawat serta Hari QE/5S secara sederhana tetapi meriah. Selamat Hari Pekerja semua :)


Tahniah diucapkan kepada SN Noor Fadzilah yang terpilih sebagai ikon QE/5S
Bacaan ikrar oleh Jururawat




Tahniah diucapkan kepada Dr Azam yang dipih sebagai Pekerja Contoh