Showing posts with label LAWATAN PENANDAARASAN. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN PENANDAARASAN. Show all posts

Tuesday, 1 August 2017

LAWATAN KE JPN DAN UNIT KESIHATAN UiTM SABAH

   Pada 27-28 Julai 2017, sebahagian kakitangan Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah mengadakan lawatan ke antara jabatan yang telah mendapat pensijilan EKSA iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah. Kakitangan Pusat Kesihatan juga turut melawat unit Kesihatan UiTM cawangan Sabah. Semoga kami mendapat manfaat dan pengetahuan yang lebih mengenai EKSA hasil dari lawatan tersebut.


Kakitangan Pusat Kesihatan merakamkan kenangan bersama kaitangan JPN Sabah.

Timbalan Pengarah JPN Sabah sedang memberikan serba sedikit penerangan kepada hadirin.

JPN Sabah memaparkan mengenai "Garis panduan EKSA".

Timbalan Pengarah JPN menunjukkan carta organisasi yang terdapat di Jabatan tersebut.

Kakitangan JPN Sabah memberi penerangan kepada hadirin.

Sudut informasi yang terdapat di JPN Sabah.



Ketua Zamrud bersama-sama Pengarah Pusat Kesihatan dan Timbalan Pengarah JPN Sabah melihat kawasan sekitar.

Pengarah Pusat Kesihatan menanyakan sesuatu kepada Timbalan Pengarah JPN.

Antara hasil inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan JPN Sabah.

Ahli Zamrud iaitu Dr Nik Kamaruddin melihat sudut sejarah yang terdapat di JPN Sabah.

Pengarah Pusat Kesihatan menandatangani buku lawatan sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah.

Timbalan Pengarah JPN Sabah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Pusat Kesihatan.

                   Pengarah Pusat Kesihatan  menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Pengarah JPN Sabah.
Lawatan ke Unit Kesihatan UiTM Sabah.

Ketua Unit Kesihatan UiTM Sabah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti Pusat Kesihatan yang mewakili kakitangan Pusat Kesihatan.

Bahagian Sick bay yang tersusun rapi  yang terdapat di Unit Kesihatan UiTM Sabah.


Tuesday, 25 April 2017

LAWATAN DARI PENSYARAH JEPUN

       Pada 25 April 2017, Pusat Kesihatan telah berbesar hati menerima kunjungan dari Pensyarah Jepun ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Pengarah Pusat Kesihatan bersama Pegawai Eksekutif iaitu Pn. Haszlina dan Matron Rokiah telah menyambut kedatangan pensyarah tersebut bersama pegawai lain yang  turut mengunjungi Pusat Kesihatan.






Friday, 2 December 2016

LAWATAN DARI ORGANISASI LUAR

Pada 2 Disember 2016, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.  Kami warga Pusat Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Sebelum lawatan dilakukan, taklimat diberikan mengenai amalan QE5S Pusat Kesihatan di bilik mesyuarat.

Kunjungan dari sebahagian kakitangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 ke Makmal Perubatan iaitu di salah satu Zon Zamrud.

Lawatan di salah satu bilik konsultasi yang terletak di Zon Zamrud.

Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton memberi penerangan kepada pelawat di Makmal Perubatan.

Ketua Kumpulan Zamrud iaitu Cik Norziyana memberi sedikit penerangan kepada pelawat.

Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti, iaitu Dr Dzulkifli memberi penerangan kepada pelawat mengenai amalan QE5S di bilik konsultasi.

Wednesday, 14 October 2015

LAWATAN PENANDAARASAN DARI PPUKM

Pada 13 Oktober 2015, kakitangan dari Pusat Perubatan UKM telah datang membuat lawatan penandaarasan amalan berkualiti QE/5S di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Seramai 27 orang kakitangan PPUKM yang datang melawat pada hari tersebut. Semoga mendapat manfaat dari lawatan itu.
Sister Rokiah antara yang menyambut tetamu dari PPUKM

Bergambar bersama sebagai kenangan

Dr Zaiton sedang memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir





Add caption

Thursday, 30 July 2015

Lawatan Penandaarasan QE/5S dari MPAJ

Pada 28 Julai, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah membuat lawatan penandaarasan QE/5S di Pusat Kesihatan. Semoga kakitangan MPAJ mendapat manfaat hasil dari lawatan tersebut.




Tuesday, 16 June 2015

Lawatan Penandaarasan dari FSPU

Pada 16 Jun 2015, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur seramai 18 orang.







Thursday, 12 March 2015

Lawatan Penandaarasan Poliklinik Komuniti Seksyen 7

Pada 12 Mac 2015 Pusat Kesihatan telah menerima lawatan penandaarasan dari Poliklinik Komuniti Seksyen 7 Shah Alam. Lawatan ini dihadiri seramai 22 orang kakitangan yang terdiri dari pelbagai jawatan. Semoga anda semua mendapat manfaat sepenuhnya hasil dari lawatan ini dan selamat maju jaya dalam melaksanakan Amalan QE/5S.