Showing posts with label INOVASI & KAIZEN. Show all posts
Showing posts with label INOVASI & KAIZEN. Show all posts

Thursday, 10 August 2017

LAWATAN PENANDAARASAN UMK KE PUSAT KESIHATAN

       Pada 10 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari Universiti Malaysia Kelantan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Sokongan. Antara tempat yang dibawa melawat adalah di bangunan Annex iaitu di zon Zamrud dan Makmal Perubatan.

Merakamkan kenangan bersama pelawat dari UMK.

Para pelawat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberi sedikit penerangan mengenai "Ticket Dispenser" kepada pelawat.

Melawat kawasan sekitar zon Zamrud di Bangunan Annex Pusat kesihatan.

Pengarah membawa para pelawat melawat kawasan sekitar Zon Zamrud.

Pengarah menunjukkan peralatan yang digunakan di Makmal Perubatan Pusat Kesihatan.

Ketua Kumpulan Zamrud sedang menunjukkan penggunaan alat Accuvein.

Ketua Kumpulan Zamrud memberi penerangan kepada pelawat yang hadir.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada wakil UMK.

Tuesday, 24 January 2017

KAIZEN STEP STOOL



Pada 24 Januari 2017 Makmal Perubatan telah melakukan kaizen pada step stool. Idea ini telah tercetus apabila terdapat pelanggan yang hampir tersadung apabila pakaian mereka tersangkut pada PVC leather tape yang dilekatkan pada papan pemijak untuk melekatkan balutan papan yang terkoyak. Masalah ini berlaku apabila pelanggan selesai proses pengambilan darah di Phlebotomy Area Makmal Perubatan. Penyelesaian yang telah diambil adalah membalut papan pemijak dengan lapik yang baru.