Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

PERHIMPUNAN BULANAN

Pada 20 November 2015 Kumpulan Zamrud telah ditugaskan untuk menjadi penganjur bagi perhimpunan bulan November 2015. Beberapa ahli telah diagihkan tugas sebagai pengacara majlis, pembaca etika dan pembaca doa. Kumpulan KIK Saisoku dari Pusat Kesihatan telah dijemput untuk sesi perkongsian inovasi yang telah mereka ciptakan iaitu RICECARE.



Staf Pusat Kesihatan yang hadir berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku & lagu UiTM.
Pn Nor Azlina sedang menyampaikan bacaan etika yang bertajuk 'Dedikasi'.

Kumpulan KIK Saisoku sedang membentangkan inovasi mereka.
Pengarah Pusat Kesihatan Dr Zaiton sedang menyampaikan ucapan.

Sumbangan untuk Pn Latifah yang telah masuk wad baru-baru ini.
Tahniah diucapkan kepada Pn Siti Mahmudah & En Saifullah di atas anugerah 'Employee Of The Month'.





Friday, 18 September 2015

BENGKEL PEMURNIAN CUSTODIAN ASET

Pada 17-18 September 2015 telah diadakan Bengkel Pemurnian Custodian Aset di bilik mesyuarat Pusat Kesihatan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah antaranya, untuk mengemaskini maklumat harta Pusat Kesihatan dengan nama pegawai yang dipertanggungjawabkan dan menyemak semula status custodian/aset inventori yang sedia ada. Wakil bagi setiap kumpulan adalah antara yang hadir semasa bengkel ini dijalankan.



Antara peserta bengkel yang hadir

Kelihatan wakil dari Pejabat Bendahari juga turut serta iaitu En Helmi 

Fokus mendengar..

Wednesday, 11 March 2015

Meyuarat Khas Perluasan SKOP Pengurusan Amalan 5S

Pada 11 Mac 2015 telah diadakan satu Mesyuarat Khas Perluasan SKOP Pengurusan Amalan 5S yang dianjurkan Pusat Kesihatan. Staf cawangan turut hadir sama dalam meyuarat tersebut.