Thursday, 19 November 2015

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 18 November 2015, Kumpulan Zamrud telah mengadakan gotong-royong kumpulan di kawasan sekitar zon Zamrud. Kali ini kami juga bekerjasama membuat gotong-royong di dalam bangunan baru dan Makmal Perubatan.





Wednesday, 4 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 3 November 2015, gotong-royong masih lagi dijalankan untuk pemindahan barang-barang makmal lama ke makmal baru. Ramai yang turut menyumbang tenaga pada hari ke-dua ini kerana barang-barang yang besar seperti peti sejuk,kabinet dan meja memerlukan tenaga dan kekuatan dari staf lelaki untuk dialihkan. Proses memindahkan peti sejuk pula sangat mencabar kerana saiznya yang besar dan ruang untuk mengeluarkannya pula sempit. Mewakili dari staf makmal, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang menyumbang tenaga.





Tuesday, 3 November 2015

GOTONG-ROYONG MAKMAL PERUBATAN

Pada 2 November 2015, Makmal Perubatan Pusat Kesihatan yang terletak di zon Zamrud secara rasminya telah berpindah ke bangunan baru (Annex) Pusat Kesihatan. Ahli-ahli kumpulan Zamrud turut menyumbang tenaga semasa proses pemindahan dijalankan. Proses pemindahan ini telah dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut jenis peralatan yang ada di makmal. Alhamdulillah proses pemindahan ini berjalan dengan lancar dengan pertolongan dari ahli-ahli kumpulan lain juga.




Wednesday, 14 October 2015

LAWATAN PENANDAARASAN DARI PPUKM

Pada 13 Oktober 2015, kakitangan dari Pusat Perubatan UKM telah datang membuat lawatan penandaarasan amalan berkualiti QE/5S di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Seramai 27 orang kakitangan PPUKM yang datang melawat pada hari tersebut. Semoga mendapat manfaat dari lawatan itu.
Sister Rokiah antara yang menyambut tetamu dari PPUKM

Bergambar bersama sebagai kenangan

Dr Zaiton sedang memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir





Add caption

Friday, 18 September 2015

BENGKEL PEMURNIAN CUSTODIAN ASET

Pada 17-18 September 2015 telah diadakan Bengkel Pemurnian Custodian Aset di bilik mesyuarat Pusat Kesihatan. Tujuan bengkel ini diadakan adalah antaranya, untuk mengemaskini maklumat harta Pusat Kesihatan dengan nama pegawai yang dipertanggungjawabkan dan menyemak semula status custodian/aset inventori yang sedia ada. Wakil bagi setiap kumpulan adalah antara yang hadir semasa bengkel ini dijalankan.



Antara peserta bengkel yang hadir

Kelihatan wakil dari Pejabat Bendahari juga turut serta iaitu En Helmi 

Fokus mendengar..