Tuesday, 24 January 2017

KAIZEN STEP STOOL



Pada 24 Januari 2017 Makmal Perubatan telah melakukan kaizen pada step stool. Idea ini telah tercetus apabila terdapat pelanggan yang hampir tersadung apabila pakaian mereka tersangkut pada PVC leather tape yang dilekatkan pada papan pemijak untuk melekatkan balutan papan yang terkoyak. Masalah ini berlaku apabila pelanggan selesai proses pengambilan darah di Phlebotomy Area Makmal Perubatan. Penyelesaian yang telah diambil adalah membalut papan pemijak dengan lapik yang baru.


Sunday, 8 January 2017

BEBAS PLASTIK DAN POLISTERIN DI SELANGOR

      Kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan beg plastik dan polisterin bermula 1 Januari 2017 ini. Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana melaksanakan kempen tersebut. 

Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.
Dianggarkan pula, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu ialah plastik. (sumber: BERNAMA)

Justeru itu kerjasama serta komitmen yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu diambil kira sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam. Jom kita bawa beg Go Green sendiri untuk mengisi barang yang dibeli :)


Monday, 2 January 2017

SELAMAT DATANG 2017..



Assalamualaikum para pembaca blog Zamrud :). 2016 telah pun melabuhkan tirainya, maka bermulalah lembaran baru iaitu tahun 2017. Semoga tahun ini kita semua dilimpahkan rezeki, dapat mencapai matlamat serta azam yang ditetapkan. Diharapkan jua segala yang kita lakukan dipermudahkan dan menjadikan setiap kerja dan apa sahaja yang kita lakukan berhasil ke arah kebaikkan.

Friday, 2 December 2016

LAWATAN DARI ORGANISASI LUAR

Pada 2 Disember 2016, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.  Kami warga Pusat Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan tersebut. Sebelum lawatan dilakukan, taklimat diberikan mengenai amalan QE5S Pusat Kesihatan di bilik mesyuarat.

Kunjungan dari sebahagian kakitangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 ke Makmal Perubatan iaitu di salah satu Zon Zamrud.

Lawatan di salah satu bilik konsultasi yang terletak di Zon Zamrud.

Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton memberi penerangan kepada pelawat di Makmal Perubatan.

Ketua Kumpulan Zamrud iaitu Cik Norziyana memberi sedikit penerangan kepada pelawat.

Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti, iaitu Dr Dzulkifli memberi penerangan kepada pelawat mengenai amalan QE5S di bilik konsultasi.

Wednesday, 30 November 2016

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 29 November 2016 kumpulan Zamrud telah melaksanakan aktiviti gotong-royong. Tumpuan diberikan pada pengumpulan bahan-bahan kitar semula dan membersihkan kawasan persekitaran.

Ahli-ahli Zamrud sedang membersihkan kawasan persekitaran.


Bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan kitar semula.

Ahli Zamrud membersihkan kawasan persekitaran

Ahli-ahli sedang mengumpul kotak-kotak untuk dikitar semula.


Ketua Kumpulan sedang membersihkan kawasan Zamrud.

Tuesday, 29 November 2016

KAIZEN TONG KITAR SEMULA

Pada 29 November 2016 salah seorang ahli Zamrud telah membuat inovasi pada tong kitar semula. Idea ini telah tercetus setelah melihat tong kitar semula dipenuhi sampah sarap di dalamnya oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Pengguna sewenang-wenangnya membuang terus sampah  kerana melihat tong yang terbuka.Masalah ini seringkali berlaku dan penyelesaiaannya adalah dengan membuat gambarajah bagi setiap tong menunjukkan simbol bahan kitar semula. Setiap gambarajah itu dibuat potongan bagi memudahkan bahan kitar semula dapat dimasukkan ke dalam tong.

Gambar di sebelah kiri adalah tong kitar semula sebelum dibuat penambahbaikkan.
Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna iaitu membuang tisu dan kotak minuman di dalam tong kitar semula untuk kertas.

Cara-cara membuat penambahbaikkan pada tong dengan membuat gambarajah simbol setiap tong dan hasilnya.


Hasil inovasi.


Thursday, 20 October 2016

Tahukah kita??

Tahukah kita bahawa kertas-kertas yang kita gunakan diambil dan diproses dari pokok. Jika kita terlalu membazir menggunakan kertas dan tidak mengamalkan kitar semula kesannya adalah pada alam sekitar. Maka akan menyumbang kepada pemanasan global dan pemusnahan pokok-pokok yang begitu penting kepada kehidupan manusia dan habitat semulajadi. Sempena Hari Alam Sekitar Negara 2016 (HASN) yang jatuh pada 21 Oktober marilah kita bersama-sama menjaga dan menghargai alam sekitar kita bermula dari sekarang.


"Menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama"