Monday, 20 August 2018

PERTANDINGAN STOR KUMPULAN TERBAIK EKSA PUSAT KESIHATAN 2018

Pada 15 Ogos 2018 yang lalu telah berlangsungnya pertandingan stor kumpulan terbaik EKSA Pusat Kesihatan 2018. Hanya 1 stor mewakili 1 zon yang akan dipertandingkan. Oleh itu, kumpulan Zamrud telah memilih stor yang berada di makmal perubatan untuk dipertandingkan. 


Memo berkenaan pertandingan stor kumpulan terbaik EKSA


Auditor sedang mengaudit stor yang berada di makmal perubatan sambil diiringi ketua kumpulan Zamrud, iaitu Puan Nurul Hanini Mohd. 

















Monday, 13 August 2018

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 2 2018

Pada 07 Ogos 2018 telah berlangsungnya audit dalaman EKSA. Auditor bagi kumpulan Zamrud ialah Puan Habibah Saharan, Puan Ana Farhana Mat Aris dan Encik Mohd Razis Kaswati.


Auditor mengaudit di kawasan bilik x-ray


Auditor di bilik rekreasi


Kumpulan Zamrud mendapat "CEMERLANG" hasil daripada inovasi 


Auditor berada di bilik M 22


Kumpulan Zamrud mendapat "CEMERLANG" untuk aktiviti go green





Terima kasih diucapkan atas segala teguran dan cadangan daripada pihak auditor. 



Tuesday, 7 August 2018

ZAMRUD'S SECRET GARDEN 2018

"Zamrud's Secret Garden" adalah taman tanaman herba yang diusahakan oleh ahli kumpulan Zamrud, yang terletak di kawasan laman refleksologi. Sebagai permulaan, pokok herba yang ditanam ialah: 
  • limau kasturi
  • limau purut
  • cili padi
  • pokok lidah buaya
  • daun selom
  • daun kesum
  • daun kari
  • daun kucai
  • serai
  • kangkung
  • bayam
  • sawi

Ahli Zamrud membersihkan laman refleksologi dengan memotong rumput yang panjang dan membersihkan kawasan sekitar laman.











Kemudian, ahli Zamrud menanam pokok herba di dalam pasu yang mengandungi tanah baja organik.

















Pokok-pokok yang telah ditanam di dalam pasu disusun di atas pentas (stage) yang menggunakan barangan kitar semula dari x-ray.









Kumpulan Zamrud merancang untuk menambah lagi  jenis tanaman herba di "Zamrud's Secret Garden".



Friday, 3 August 2018

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 02 Ogos 2018, ahli kumpulan Zamrud bekerjasama dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan di sekitar bangunan Annex.


Barangan kitar semula yang terkumpul di bawah tangga di bangunan Annex. 







 



Ahli Zamrud mengemas dan menyusun kertas dan kotak untuk dikitar semula.












Wednesday, 11 July 2018

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PUSAT KESIHATAN 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Kesihatan tahun ini disambut dengan meriah oleh semua staff dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati juadah enak yang disediakan. Majlis sambutan hari raya ini diadakan pada 10 Julai 2018 bertempat di bangunan Annex.

Antara menu-menu yang disediakan oleh setiap kumpulan.

















Staff dan tetamu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dalam majlis ini. 











 Semoga sambutan hari raya ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.



Monday, 9 July 2018

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ZAMRUD

Pada 09 Julai 2018 bertempat di bangunan Annex telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kumpulan Zamrud. Pelbagai menu makanan, kuih-muih dan minuman dihidangkan untuk majlis ini.


Antara menu yang disediakan ialah:









Staff Pusat Kesihatan menjamu selera.






Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kumpulan Zamrud.




Friday, 15 June 2018