Monday, 8 December 2014

Latihan Dalam Kumpulan

Pada 8 Disember 2014, Pn Iadah selaku AJK Latihan telah menunjuk ajar kepada setiap ahli kumpulan bagaimana untuk akses pada blog kumpulan iaitu blog Zamrud :). Ini memudahkan setiap ahli untuk mendapatkan maklumat -maklumat berkaitan QE/5S. 


Setiap ahli Zamrud fokus mendengar penerangan daripada Pn Iadah :)





Tuesday, 11 November 2014

Gotong-royong Zamrud

Gotong-royong kumpulan Zamrud telah diadakan pada 7 November 2014 bagi persediaan Audit luar QE/5s iaitu wakil daripada juruaudit HEP UiTM Shah Alam. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan antara ahli :).













Thursday, 30 October 2014

BENGKEL LATIHAN QE/5S

Pada 29 dan 30 Oktober 2014, pihak Jawatankuasa Latihan QE/5s telah mengadakan bengkel penyediaan dokumen QE/5S kumpulan bagi persediaan untuk audit kelak. Ahli jawatankuasa kumpulan telah diajar untuk membuat hyperlink pada dokumen. Seperti semua maklum hyperlink ini digunakan untuk memudahkan user untuk melihat terus informasi dan maklumat dalam website berkenaan. Good luck semua :)



En Pauzi sedang memberi penerangan mengenai bengkel latihan.
Masing-masing sedang fokus mendengar.






Tuesday, 28 October 2014

GOTONG-ROYONG KUMPULAN ZAMRUD

Ahli kumpulan Zamrud telah bekerjasama menjayakan gotong-royong yang diadakan pada 29 Oktober 2014 iaitu pada hari rabu. Agenda utama gotong-royong kali ini adalah menjual barang-barang kitar semula, menukar sudut 5s kumpulan kepada sudut info. Salah satu sebab blog 5s Zamrud diwujudkan adalah bagi menggantikan sudut 5s Zamrud.....:)
Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih pada En Jumali kerana telah menaja makanan yang sedap kali ini, semoga murah rezeki amen..Alhamdulillah. Jom jamu mata dengan foto di bawah ini.









Menyusun atur semula sudut 5S



Mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual

Ahli kumpulan bekerjasama membersihkan tong-tong kitar semula







INOVASI RAK KASUT

Inovasi ini merupakan cetusan idea dari En. Hakimi dari Pengimejan.


Monday, 27 October 2014

INOVASI KOTAK PEMULANGAN UBAT

Inovasi ini merupakan hasil idea daripada kakitangan farmasi ahli kumpulan Zamrud pada 7 Disember 2011.