Pada 28 Julai, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah membuat lawatan penandaarasan QE/5S di Pusat Kesihatan. Semoga kakitangan MPAJ mendapat manfaat hasil dari lawatan tersebut.
Thursday, 30 July 2015
Monday, 20 July 2015
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Kami warga Pusat Kesihatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.
Raya-raya juga amalan 5s jangan dilupakan ok..:)
Raya-raya juga amalan 5s jangan dilupakan ok..:)
Tuesday, 16 June 2015
Lawatan Penandaarasan dari FSPU
Pada 16 Jun 2015, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur seramai 18 orang.
Friday, 12 June 2015
SAMBUTAN HARI PEKERJA DAN JURURAWAT
Pada 12 Jun 2015, Pusat Kesihatan telah meraikan semua staf dengan menyambut Hari Pekerja , Hari Jururawat serta Hari QE/5S secara sederhana tetapi meriah. Selamat Hari Pekerja semua :)
| Tahniah diucapkan kepada SN Noor Fadzilah yang terpilih sebagai ikon QE/5S |
| Bacaan ikrar oleh Jururawat |
| Tahniah diucapkan kepada Dr Azam yang dipih sebagai Pekerja Contoh |
Thursday, 2 April 2015
Lawatan Tapak Banggunan Baru
Pada 2 April 2015 Dr Azam, Dr Dzulkifli dan Cik Norziyana dari Makmal Perubatan telah mengadakan lawatan tapak di banggunan baru. Banggunan ini bakal menempatkan makmal perubatan yang lebih luas dan mesra pelanggan.
Friday, 27 March 2015
Perhimpunan Bulanan Pusat kesihatan
Pada 27 Mac telah diadakan perhimpunan bulanan bilangan 2 & 3 di bilik mesyuarat Pusat Kesihatan. Ramai staf yang turut serta dalam perhimpunan tersebut. Antara ucapan Pengarah Pusat Kesihatan adalah mengingatkan staf agar sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan menjaga nama baik Pusat Kesihatan dan UiTM.
| Staf yang hadir dalam perhimpunan bulanan. |
| Pengarah Pusat Kesihatan memberikan ucapan. |
| 'Employee Of The Month'..En Khairul Anam |
| En Mohamad Hakimi menerima hadiah sumbangan dari staf Pusat Kesihatan sempena perkahwinan beliau. |
Monday, 23 March 2015
QMS
Pada 14 Mac 2015, Pusat Kesihatan UiTM telah membuat penambahbaikkan pada sistem pengurusan giliran atau 'Queue Management System (QMS)'. Sistem 'QMS' yang baru ini lebih praktikal, sophisticated dan moden berbanding sistem 'QMS' sebelum ini. Sistem ''QMS' yang terbaru ini adalah berbentuk seperti 'tab' dan 'touch screen' dimana sistem ini adalah penggunaan terbaik serta digunapakai untuk pusat perkhidmatan seperti bank, farmasi, hospital, atau mana-mana organisasi yang mempunyai kaunter. Antara kelebihan sistem ini adalah, menyediakan masa pemantauan untuk analisis pengurusan giliran, masa perkhidmatan, masa pelanggan menunggu, meningkatkan kecekapan pekerja dan seterusnya dapat meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
| Ini adalah 'QMS' yang digunakan sebelum ini. |
| 'QMS' lama di bahagian Makmal Perubatan |
| 'QMS' berwajah baru iaitu berbentuk 'tab' dan 'touch screen'. |
'Counter display' juga berwajah baru.
| En. Helmi Pegawai IT memberi latihan dan tunjuk ajar kepada ahli Zamrud bagaimana menggunakan 'QMS' yang baru. |
| 'QMS' di Farmasi. |
| 'Monitor Display' dipaparkan di bahagaian Pergigian Pusat Kesihatan. |
| Ini adalah tempat 'Tickect Dispenser' yang diletakkan di sebelah kaunter Informasi pada bahagian pintu masuk Pusat Kesihatan. |
'Monitor Ticket Display' yang mudah digunakan dan mesra pengguna :)
Subscribe to:
Posts (Atom)