Thursday, 21 January 2016

GOTONG-ROYONG

Pada 21 Januari 2016, ahli-ahli Zamrud telah bekerjasama dengan dibantu ahli-ahli kumpulan lain memindahkan peralatan dan mesin bilik rekreasi ke tempat baru.


Friday, 1 January 2016

SELAMAT DATANG 2016


Kami warga Kumpulan Zamrud mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua.
Semoga tahun ini kita lebih bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa..dan menjadikan tempat kerja kita sebagai ladang pahala ..In Sya Allah.




Thursday, 31 December 2015

AUDIT MPC 2015

Pada 30 Disember 2015, Pusat Kesihatan telah menjalani Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE5S oleh Perbadananan Produktiviti Malaysia (MPC). Alhamdulillah, proses audit tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua warga Pusat Kesihatan yang telah bekerjasama menjayakan QE5S ini sejak dari mula lagi..

Tn. Hj. Omar Othman Auditor dari MPC bersama-sama dengan Jawatankuasa Induk QE5S.

Tn. Hj. Omar menandatangani buku pelawat.

En. Hakimi wakil dari kumpulan Zamrud membacakan doa pembuka majlis

Tn. Hj. Omar sedang mengaudit di Farmasi Zon Zamrud.

Dr Zaiton memberi penerangan kepada auditor di bahagian pembungkusan ubat.

Dr Zaiton menunjukkan kepada auditor master index stor ubat.

Auditor sedang mengaudit stor ubat.

Auditor sedang memberi ucapan hasil audit yang beliau jalankan.

Tuesday, 29 December 2015

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 29 Disember 2015, ahli-ahli Zamrud telah bekerjasama menjalankan gotong-royong bagi persediaan Audit MPC 2015. Pembahagian tugas telah di beri dan ahli-ahli Zamrud telah melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

Ahli Zamrud sedang membersihkan bawah rak ubat di dalam stor.

Ahli Zamrud sedang mengelap rak ubat.


Ahli Zamrud sedang menyusun kotak-kotak ubat di dalam stor ubat.

Ahli Zamrud sedang membersihkan pintu stor.

Ahli Zamrud sedang mengelap rak Filem  X-Ray.
Ahli Zamrud sedang membetulkan kabinet di dalam Makmal.


Ahli Zamrud sedang mengumpul kotak-kotak untuk dikitar semula.
Ahli-Ahli Zamrud sedang mengumpul kotak-kotak untuk dibawa ke pusat pengumpulan kitar semula.


Ahli Zamrud sedang membersihkan persekitaran Zon Zamrud.
Ahli-ahli Zamrud sedang menyusun atur peralatan di dalam Makmal.