Wednesday, 19 July 2017

JAMUAN HARI RAYA PUSAT KESIHATAN

      Pada 19 Julai 2017. Pusat Kesihatan telah menganjurkan jamuan Hari Raya bagi mengeratkan lagi hubungan ukhwah kakitangan Pusat Kesihatan. Program ini telah diadakan di kawasan Zon Zamrud iaitu di bangunan Annex Pusat Kesihatan.

Kakitangan Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama dengan Pengarah Pusat Kesihatan. 

Antara ahli Zamrud yang terlibat dengan jamuan raya tersebut.



Ahli Zamrud sedang menyediakan hidangan dari kumpulan Zamrud.


Antara hidangan yang disediakan pada jamuan raya.


Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada wakil dari Ketua Zamrud sempena program tadarus Al-Quran yang lalu.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada Pn.Nurul Hanini sempena kelahiran cahaya mata beliau.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada Pn.Azana sempena perpindahan beliau ke cawangan Unit Kesihatan Pahang.

Pn. Azana berbesar hati memotong kek yang disediakan untuk beliau.




Meja hidangan dari kumpulan Zamrud.

Tuesday, 2 May 2017

LAWATAN TAPAK PENGIMEJAN PUSAT KESIHATAN

Pada 2 Mei 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan lawatan tapak Pengimejan (x-ray) yang bertempat di Bilik Mesyuarat, bilik Pengimejan dan kawasan sekitar Pusat Kesihatan yang berkaitan.
Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh wakil dari Unit e-Procurement Pejabat Perolehan Bendahari, wakil dari Fasiliti dan para pembekal.

Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti, Dr Dzulkifli memberi penerangan kepada hadirin.

En Zaffur dari unit e-Procurement memberi penerangan mengenai sistem yang akan digunapakai semasa urusan tender kelak.

Para pembekal tekun mendengar penerangan yang diberikan.

Suasana di bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan.

Kelihatan wakil dari Pejabat Fasilit dan para pembekal yang menghadiri lawatan tapak tersebut.

Melawat ruang Pengimejan.


Wakil dari bahagian Pejabat Fasiliti memberi penerangan kepada para pembekal.

Tuesday, 25 April 2017

LAWATAN DARI PENSYARAH JEPUN

       Pada 25 April 2017, Pusat Kesihatan telah berbesar hati menerima kunjungan dari Pensyarah Jepun ke Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Pengarah Pusat Kesihatan bersama Pegawai Eksekutif iaitu Pn. Haszlina dan Matron Rokiah telah menyambut kedatangan pensyarah tersebut bersama pegawai lain yang  turut mengunjungi Pusat Kesihatan.






Monday, 17 April 2017

AUDIT DALAMAN EKSA ZAMRUD BIL 1/2017

Pada 12 April 2017, audit dalam EKSA Pusat Kesihatan telah dijalankan di setiap zon. Pn. Habibah dan En Fazreen selaku auditor untuk kumpulan Zamrud telah menjalankan audit di sebelah pagi. Audit kali ini merupakan audit yang pertama setelah Pusat Kesihatan beralih dari QE5S kepada EKSA.

Ahli kumpulan menjelaskan berkaitan kriteria audit Zamrud kepada auditor.

Auditor sedang meneliti dokumen di dalam bilik Rekreasi.

Auditor menjalankan audit di dalam bilik Rekreasi.

Di dalam makmal perubatan.

Auditor melihat hasil tanaman hidroponik yang terletak di atas bumbung.

Auditor melihat dokumen kumpulan Zamrud.

Tuesday, 11 April 2017

GOTONG-ROYONG ZAMRUD

Pada 10 April 2017 ahli-ahli kumpulan Zamrud bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong. Penumpuan diberikan dengan mengumpul barang-barang kitar semula dan ruang persekitaran Zamrud.

Bekerjasama menyusun atur perabot.



Mengumpul kertas untuk dikitar semula.



Membersihkan kawasan persekitaran.

Ahli mengelap kabinet plak kemenangan dan plak penghargaan Pusat Kesihatan.  

Kawasan kolam dibersihkan.

Ahli Zamrud membersihkan peralatan di dalam bilik Rekreasi Pusat Kesihatan. 

Friday, 7 April 2017

HARI KESIHATAN SEDUNIA

       Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 april setiap tahun, Pusat kesihatan telah menganjurkan kempen Hari Kesihatan bertempat di dalam banggunan Annex Pusat Kesihatan bermula 5 April hingga 7 April 2017. Hari Kesihatan Sedunia ini disambut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Ahli-ahli kumpulan Zamrud telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan.


Pengarah Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama dengan kakitangan pusat kesihatan serta pelajar senamrobik.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari kempen tersebut iaitu senamrobik.

Ahli Zamrud begitu bersemangat dan ceria mengikuti senamrobik.



Kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling turut sama menyertai kempen Kesihatan.

Suasana pada hari kempen tersebut.