| Selamat maju jaya menjalani tugasan di tempat baru |
Friday, 13 April 2018
MAJLIS PERPISAHAN STAFF PUSAT KESIHATAN UITM
Pada 10 April 2018 telah diadakan jamuan perpisahan Puan Suraya Hayatie Mat Ariffin, daripada unit farmasi yang berpindah ke tempat baru di Unit Kesihatan UiTM Dungun, Terengganu.
Tuesday, 10 April 2018
TAHNIAH FasTrait!!
Pada 03 - 05 April 2018 bertempat di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, kumpulan KIK FasTrait Pusat Kesihatan UiTM telah melakar sejarah memenangi anugerah emas di Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Utara MTEx 2018. Ahli kumpulan Zamrud yang terlibat dalam pertandingan ini ialah Dr Shairul' Azam Sahar, Dr Siti Noor Hafifah Abu Bakar dan Mohd Nasrul Isham Mohd Jamain.
![]() |
| Tahniah FasTrait diatas kemenangan anugerah emas |
Wednesday, 28 February 2018
KURSUS PHLEBOTOMY
Staff-staff makmal perubatan Pusat Kesihatan UiTM yang juga ahli kumpulan Zamrud telah menyertai kursus 'Phlebotomy' yang bertempat di Medicskills Sdn. Bhd. Kursus selama dua hari, iaitu pada 24 - 25 Februari 2018 bertujuan untuk meningkatkan mutu cara kerja dalam proses pengambilan darah pesakit. Kursus ini juga turut disertai oleh staff makmal perubatan dari Unit Kesihatan Puncak Alam.
![]() | ||
Peserta bergambar bersama dengan tenaga pengajar
|
Tuesday, 30 January 2018
PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN KUMPULAN ZAMRUD
Pada 26 Januari 2018, kumpulan Zamrud telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pusat Kesihatan yang diadakan di bilik mesyuarat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr Nik Kamaruddin Nik Nor dan disusuli dengan bacaan ikrar oleh Dr Nurafizah Ahmad.
| Puan Nor Hazirah Ismail sebagai pengacara majlis |
| Bacaan doa daripada Dr Nik Kamaruddin Nik Nor |
| Bacaan ikrar daripada staff Pusat Kesihatan |
| Bacaan nilai & etika warga UiTM daripada Cik Nurul Huda Abdullah Suhaimi |
| Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton Nasir sedang menyampaikan ucapan |
Keputusan kedudukan kumpulan program 'Get Slim Be Awesome' adalah yang dinanti-nantikan oleh semua staff Pusat Kesihatan.
| Antara sebahagian pemenang dalam program 'Be Slim Be Awesome' |
Friday, 19 January 2018
AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1 2018
Audit dalaman EKSA Bil 1 2018 telah dijalankan pada 10 Januari 2018. Kumpulan Zamrud telah diaudit oleh auditor Puan Sadiah Ab Karim, Puan Habibah Saharan dan Puan Suzana Mohamed Talhah.
Di antara teguran dari pihak auditor:
Terima kasih kepada auditor yang terlibat di atas teguran dan cadangan yang diberikan.
Di antara teguran dari pihak auditor:
Terima kasih kepada auditor yang terlibat di atas teguran dan cadangan yang diberikan.
Wednesday, 3 January 2018
CARTA ORGANISASI EKSA 2018
02 Januari 2018 merupakan tarikh permulaan yang baru bagi Kumpulan Zamrud berikutan pertukaran lantikan jawatan ketua kumpulan dan setiausaha. Semoga kumpulan Zamrud akan terus maju dan dapat memberikan yang terbaik dengan pucuk kepimpinan yang baru ini.
Thursday, 2 November 2017
MAJLIS PERASMIAN MESIN "DIRECT DIGITAL RADIOGRAPHY" PUSAT KESIHATAN
Pada 17 Oktober 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan Majlis Perasmian mesin 'Direct Digital Radiography' iaitu mesin general x-ray yang baru yang terletak di kawasan zon Zamrud. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP UiTM, Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said pada sebelah pagi. Para jemputan adalah terdiri daripada wakil IPTA Malaysia, wakil Bendahari, wakil Fasiliti, wakil Unit Kesihatan, Pembekal, dan lain-lain.
| Timbalan Naib Canselor merasmikan "DDR" Pusat Kesihatan. |
| Wakil dari pembekal memberi penerangan megenai mesin"DDR" kepada Tim. Naib Canselor. |
| Timbalan Naib Canselor bersama Pengarah Pusat Kesihatan serta tetamu jemputan. |
| Para tetamu jemputan melihat mesin "DDR". |
| Wakil dari IPTA. |
| Pengarah Pusat Kesihatan bersama wakil dari IPTA. |
| Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti bersama wakil dari Cawangan Unit Kesihatan UiTM. |
| Ketua kumpulan Zamrud, bersama setiausaha serta wakil x-ray. |
| Pn. Nurul Hanini sebagai Pengacara Majlis. |
Subscribe to:
Posts (Atom)



