Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-62 tahun. Tema kemerdekaan bagi tahun ini adalah "SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH".Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan negara yang kita sayangi ini. Negara Bersih, rakyat Sihat.
Saturday, 31 August 2019
Friday, 30 August 2019
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN SERTA PERSARAAN STAF
Pada 30 Ogos 2019, Pusat kesihatan telah mengadakan majlis Perhimpunan bulanan yang bertemakan kemerdekaan serta Majlis Persaraan kakitangan iaitu Pn. Siti Mahmudah dan Pn. Nafsiah Othman. Majlis ini diadakan di kawasan zon kumpulan Zamrud iaitu di lobi bangunan Annex yang dijayakan oleh kumpulan Nilam serta AJK kelab Pusat Kesihatan.
Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ahli kumpulan Zamrud iaitu En. Anuar Eshak kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UiTM.
Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ahli kumpulan Zamrud iaitu En. Anuar Eshak kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UiTM.
| Ketua kump. Pn Hanini memberikan cenderamata kepada Pn. Nafsiah Othman, kenangan dari ahli kumpulan Zamrud. |
| Cenderamata kepada Pn. Siti Mahmudah :) |
| Selamat Bersara Pn. siti dan Pn. Nafsiah..anda berdua sentiasa di hati kami :) |
| Sebahagian kakitangan Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama yang bersara. |
| Tahniah En. Anuar! |
Wednesday, 28 August 2019
LATIHAN KOMPREHENSIF STAF MAKMAL
Pada 28 Ogos 2019, satu latihan komprehensif telah diadakan di Makmal Pusat Kesihatan bagi mengendalikan mesin urinalysis U411 untuk kegunaan pemeriksaan kesihatan pelajar baharu.
Latihan ini telah dikendalikan oleh Jurutera dari syarikat ROCHE.
Latihan ini telah dikendalikan oleh Jurutera dari syarikat ROCHE.
![]() |
| Wakil dari syarikat Roche menunjukkan cara penggunaan mesin urinalysis U411. |
![]() |
| Antara ahli kumpulan yang hadir dalam sesi latihan tersebut. |
Wednesday, 19 June 2019
SAMBUTAN HARI RAYA PUSAT KESIHATAN 2019
Pada 19 Jun 2019 bersamaan 15 Syawal, Pusat Kesihatan telah mengadakan sambutan majlis Hari Raya yang bertempat di zon Zamrud iaitu lobi bangunan Annex. Majlis sambutan Hari Raya kali ini telah dikendalikan oleh ahli kumpulan kami, iaitu Zamrud. Ahli-ahli kumpulan telah bertungkus-lumus terutamanya ketua kumpulan iaitu Pn. Nurul Hanini demi menjayakan majlis ini.
![]() |
| Ahli kumpulan Zamrud bergambar bersama-sama Pengarah Pusat Kesihatan. |
![]() |
| Deretan hadiah cabutan bertuah sumbangan daripada ahli kumpulan Zamrud. |
![]() |
| Ahli kumpulan Zamrud bersama ahli kumpulan yang lain. |
![]() |
| Masing-masing segak bergaya dengan baju raya. |
![]() |
| Ahli kumpulan mengabdikan kenangan bersama :) |
Monday, 6 May 2019
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1440H
Tiada kebahagiaan tanpa syukur
Tiada rasa syukur tanpa sabar
Tiada sabar tanpa maaf
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf zahir dan batin
Selamat menunaikan ibadah puasa
Kami daripada kumpulan Zamrud mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Kareem 1440H/2019M.
Wednesday, 3 April 2019
SALAM ISRAK MIKRAJ
Kumpulan Zamrud ingin mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat, senantiasa meneladani akhlak mulia Nabi Muhammad SAW serta mendapat syafaatnya.
Tuesday, 12 March 2019
PEMERIKSAAN KESIHATAN NAIB CANSELOR UiTM
Pada 07 Mac 2019, Pusat Kesihatan berbesar hati menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM bagi tujuan pemeriksaan kesihatan sebagai Naib Canselor secara rasmi. Sehubungan itu, pihak pengurusan Pusat Kesihatan membawa Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim melawat ke semua unit perkhidmatan kesihatan di Pusat Kesihatan.
| Pengarah Pusat Kesihatan mengiringi Naib Canselor untuk sesi lawatan ke Pusat Kesihatan |
| Pengarah Pusat Kesihatan memberi penerangan ketika berada di Farmasi Pusat Kesihatan |
| Naib Canselor melawat Pusat Diagnostik X-ray |
| Lawatan diteruskan ke Makmal Perubatan Pusat Kesihatan |
| Lawatan diakhiri dengan kunjungan Naib Canselor ke Bas Klinik Bergerak Pusat Kesihatan |
Subscribe to:
Posts (Atom)











