Tuesday, 8 August 2017

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN PUSAT KESIHATAN

      Pada  8 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan latihan pengungsian bangunan dengan kerjasama para Pegawai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Tujuan latihan pengungsian bangunan (Evacuation Drill Technique) ini adalah memberi pendedahan kepada kakitangan Pusat Kesihatan serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

Kakitangan Pusat Kesihatan sedang mengosongkan bangunan setelah mendengar loceng kecemasan.

Semua kakitangan serta penghuni bangunan sedang berkumpul ditempat yang selamat.

Jentera bomba menuju ke bangunan Pusat Kesihatan setelah mendapat panggilan kecemasan.

Para Pegawai Bomba sedia menjalankan tugas.


Penerangan diberikan oleh Pegawai Bomba.




Ketua Kumpulan Zamrud sedang mencuba latihan memadamkan api.


Ketua Kumpulan Zamrud, mencuba pakaian bomba untuk latihan kebakaran.

Bergambar beramai-ramai antara kakitangan dengan para Pegawai Bomba di hadapan jentera Bomba.

Ahli Zamrud bersama jentera Bomba.


No comments: