Pada 28 Ogos 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan wakil auditor daripada MAMPU untuk pensijilan EKSA iaitu Puan Zuasma Binti Yahaya. Sesi pengauditan dijalankan di kawasan Zon Nilam, Zon Kecubung, Zon Berlian, Zon Delima dan Zon Zamrud.
Sesi bergambar bersama auditor, Puan Zuasma binti Yahaya |
Sesi pengauditan dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit dan diikuti dengan pengauditan kawasan di zon yang terlibat.
Encik Ekhwan Shafiq bin Abdul Khalik sebagai pengerusi majlis |
Sesi pengauditan di Zon Nilam.
Sesi pengauditan di Zon Kecubung.
Sesi pengauditan berjalan dengan lancar dan terdapat beberapa teguran yang perlu diambil tindakan segera. Semua warga staff Pusat Kesihatan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya sesi pengauditan tersebut. Semoga Pusat Kesihatan UiTM mendapat pensijilan EKSA.
No comments:
Post a Comment