Pada 12 Oktober 2018, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum kampus UiTM Puncak Alam dan Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Kedatangan delegasi UiTM di perkarangan Pusat Kesihatan pada pagi itu disambut mesra oleh Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton Nasir serta barisan staff Pusat Kesihatan yang terlibat.
|
Deligasi Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan |
|
Deligasi Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum UiTM Puncak Alam bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan |
Sesi lawatan tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperbaharui serta mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan sebagaimana yang diamalkan di Pusat Kesihatan. Lawatan tersebut tamat pada jam 12 tengahari dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati.
|
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pembukaan |
|
Deligasi dibawa melawat ke kawasan Zon Nilam |
|
Amalan-amalan baik yang diamalkan di Pusat Kesihatan menjadi contoh kepada deligasi yang hadir |
|
Sesi penyampaian cenderahati kepada deligasi yang mengunjungi Pusat Kesihatan |
No comments:
Post a Comment