Wednesday, 28 February 2018

KURSUS PHLEBOTOMY



Staff-staff makmal perubatan Pusat Kesihatan UiTM yang juga ahli kumpulan Zamrud telah menyertai kursus 'Phlebotomy' yang bertempat di Medicskills Sdn. Bhd. Kursus selama dua hari, iaitu pada 24 - 25 Februari 2018 bertujuan untuk meningkatkan mutu cara kerja dalam proses pengambilan darah pesakit. Kursus ini juga turut disertai oleh staff makmal perubatan dari Unit Kesihatan Puncak Alam.

Peserta bergambar bersama dengan tenaga pengajar



Peserta mempraktikkan ilmu yang diajar






Tuesday, 30 January 2018

PERHIMPUNAN BULANAN ANJURAN KUMPULAN ZAMRUD

Pada 26 Januari 2018, kumpulan Zamrud telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pusat Kesihatan yang diadakan di bilik mesyuarat. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr Nik Kamaruddin Nik Nor dan disusuli dengan bacaan ikrar oleh Dr Nurafizah Ahmad.


Puan Nor Hazirah Ismail sebagai pengacara majlis


Bacaan doa daripada Dr Nik Kamaruddin Nik Nor


Bacaan ikrar daripada staff Pusat Kesihatan


Bacaan nilai & etika warga UiTM daripada Cik Nurul Huda Abdullah Suhaimi


Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton Nasir sedang menyampaikan ucapan



Keputusan kedudukan kumpulan program 'Get Slim Be Awesome' adalah yang dinanti-nantikan oleh semua staff Pusat Kesihatan.



Antara sebahagian pemenang dalam program 'Be Slim Be Awesome'


Friday, 19 January 2018

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1 2018

Audit dalaman EKSA Bil 1 2018 telah dijalankan pada 10 Januari 2018. Kumpulan Zamrud telah diaudit oleh auditor Puan Sadiah Ab Karim, Puan Habibah Saharan dan Puan Suzana Mohamed Talhah.



Di antara teguran dari pihak auditor:











Terima kasih kepada auditor yang terlibat di atas teguran dan cadangan yang diberikan.




Wednesday, 3 January 2018

CARTA ORGANISASI EKSA 2018

02 Januari 2018 merupakan tarikh permulaan yang baru bagi Kumpulan Zamrud berikutan pertukaran lantikan jawatan ketua kumpulan dan setiausaha. Semoga kumpulan Zamrud akan terus maju dan dapat memberikan yang terbaik dengan pucuk kepimpinan yang baru ini. 



Thursday, 2 November 2017

MAJLIS PERASMIAN MESIN "DIRECT DIGITAL RADIOGRAPHY" PUSAT KESIHATAN

Pada 17 Oktober 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan Majlis Perasmian mesin 'Direct Digital Radiography' iaitu mesin general x-ray yang baru yang terletak di kawasan zon Zamrud. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP UiTM,  Prof. Dato' Dr Abdullah Mohamad Said pada sebelah pagi. Para jemputan adalah terdiri daripada wakil IPTA  Malaysia, wakil Bendahari, wakil Fasiliti, wakil Unit Kesihatan, Pembekal, dan lain-lain.

Timbalan Naib Canselor merasmikan "DDR" Pusat Kesihatan.

Wakil dari pembekal memberi penerangan megenai mesin"DDR" kepada Tim. Naib Canselor.

Timbalan Naib Canselor bersama Pengarah Pusat Kesihatan serta tetamu jemputan.

Para tetamu jemputan melihat mesin "DDR".

Wakil dari IPTA.


Pengarah Pusat Kesihatan bersama wakil dari IPTA.


Ketua Unit Diagnostik & Pengurusan Kualiti bersama wakil dari Cawangan Unit Kesihatan UiTM.

Ketua kumpulan Zamrud, bersama setiausaha serta wakil x-ray.

Pn. Nurul Hanini sebagai Pengacara Majlis.

Thursday, 10 August 2017

LAWATAN PENANDAARASAN UMK KE PUSAT KESIHATAN

       Pada 10 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah menerima kunjungan dari Universiti Malaysia Kelantan yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Sokongan. Antara tempat yang dibawa melawat adalah di bangunan Annex iaitu di zon Zamrud dan Makmal Perubatan.

Merakamkan kenangan bersama pelawat dari UMK.

Para pelawat di Bilik Mesyuarat Pusat Kesihatan.

Pengarah Pusat Kesihatan memberi sedikit penerangan mengenai "Ticket Dispenser" kepada pelawat.

Melawat kawasan sekitar zon Zamrud di Bangunan Annex Pusat kesihatan.

Pengarah membawa para pelawat melawat kawasan sekitar Zon Zamrud.

Pengarah menunjukkan peralatan yang digunakan di Makmal Perubatan Pusat Kesihatan.

Ketua Kumpulan Zamrud sedang menunjukkan penggunaan alat Accuvein.

Ketua Kumpulan Zamrud memberi penerangan kepada pelawat yang hadir.

Pengarah Pusat Kesihatan menyampaikan cenderamata kepada wakil UMK.

Tuesday, 8 August 2017

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN PUSAT KESIHATAN

      Pada  8 Ogos 2017, Pusat Kesihatan telah mengadakan latihan pengungsian bangunan dengan kerjasama para Pegawai Bomba Seksyen 15 Shah Alam. Tujuan latihan pengungsian bangunan (Evacuation Drill Technique) ini adalah memberi pendedahan kepada kakitangan Pusat Kesihatan serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

Kakitangan Pusat Kesihatan sedang mengosongkan bangunan setelah mendengar loceng kecemasan.

Semua kakitangan serta penghuni bangunan sedang berkumpul ditempat yang selamat.

Jentera bomba menuju ke bangunan Pusat Kesihatan setelah mendapat panggilan kecemasan.

Para Pegawai Bomba sedia menjalankan tugas.


Penerangan diberikan oleh Pegawai Bomba.




Ketua Kumpulan Zamrud sedang mencuba latihan memadamkan api.


Ketua Kumpulan Zamrud, mencuba pakaian bomba untuk latihan kebakaran.

Bergambar beramai-ramai antara kakitangan dengan para Pegawai Bomba di hadapan jentera Bomba.

Ahli Zamrud bersama jentera Bomba.