Thursday, 28 February 2019

LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIMAP

Pada 27/02/2019, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan lawatan daripada Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP). Objektif lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai pembangunan bangunan Pusat Kesihatan dari segi susun atur unit yang efektif serta pengalaman pihak Pusat Kesihatan dalam melaksanakan pengoperasian.


Sesi bergambar antara staff UNiMAP dan Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam


Pengarah Pusat Kesihatan UNiMAP, Prof. Dr. Mohammad Iqbal Omar menandatangani buku lawatan
sambil disaksikan oleh Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr. Zaiton Nasir


Lawatan UNiMAP ketika berada di wad sementara Pusat Kesihatan.








Seterusnya, lawatan diteruskan ke klinik pergigian dan farmasi Pusat Kesihatan.










Lawatan berakhir di makmal perubatan, iaitu di kawasan Zamrud.








  
Pengarah Pusat Kesihatan UNiMAP mencuba AccuVein yang digunakan untuk mengesan urat salur darah

Cik Norziyana Ibrahim memberi penerangan berkenaan mesin-mesin
yang digunakan di dalam makmal perubatan


Wednesday, 27 February 2019

PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BARU SESI 2019

Pemeriksaan kesihatan pelajar baru sesi 2019 telah bermula pada 26 Februari 2019. Dianggarkan seramai 150 orang pelajar melakukan pemeriksaan kesihatan dalam sehari. Pemeriksaan kesihatan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. 


Pelajar UiTM sedang menunggu giliran untuk melakukan
pemeriksaan kesihatan di makmal perubatan








Tuesday, 1 January 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019!



Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua. Semoga kehadiran tahun baru ini mendatangkan seribu rahmat dan keberkatan serta dorongan untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi. 

Friday, 30 November 2018

KARNIVAL KESIHATAN PUSAT KESIHATAN

Pada 27-29 November 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menganjurkan Karnival Kesihatan dan Majlis Pelancaran UiTM ke Arah Kampus Bebas Asap Rokok. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Karnival ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pusat Darah Negara (PDN), MAMPU dan CARETAKER UiTM Shah Alam.




Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan dan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan wanita (pap smear), aktiviti derma darah serta pelbagai jenis kuiz permainan. Selain itu, aktiviti seperti cabutan bertuah serta gerai-gerai jualan juga turut diadakan pada hari tersebut.


Suasana ketika pendaftaran pada hari karnival








  
Aktiviti derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN)
mendapat sambutan hangat di kalangan pengunjung


Semoga dengan penganjuran karnival kesihatan seperti ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pengunjung mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat serta persekitaran dan udara yang bersih tanpa asap rokok di dalam kampus untuk semua.

Monday, 22 October 2018

PERHIMPUNAN BULANAN PUSAT KESIHATAN OKTOBER 2018

Pada 12 Oktober 2018 telah diadakan perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan bagi bulan Oktober anjuran kumpulan Zamrud. Dr Nik Kamaruddin Nik Nor mengetuai bacaan doa dan majlis diteruskan dengan bacaan budaya perdana warga UiTM dan bacaan ikrar bebas rasuah.


Encik Mohd Anuar Eshak sebagai pengacara majlis


Puan Nor Hazirah Ismail membaca ikrar bebas rasuah

Encik Mohd Nasrul Isham menjaga kawalan slide
bagi membantu kelancaran majlis




Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Employee of The Month, surat kenaikan pangkat dan surat anugerah perkhidmatan cemerlang 2017.


Staff Pusat Kesihatan yang menerima surat kenaikan pangkat


Staff Pusat Kesihatan yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) 2017




Monday, 15 October 2018

PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS

Pada 12 Oktober 2018, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum kampus UiTM Puncak Alam dan Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Kedatangan delegasi UiTM di perkarangan Pusat Kesihatan pada pagi itu disambut mesra oleh Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton Nasir serta barisan staff Pusat Kesihatan yang terlibat.


Deligasi Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan


Deligasi Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum UiTM Puncak Alam
bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan

Sesi lawatan tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperbaharui serta mempertingkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan sebagaimana yang diamalkan di Pusat Kesihatan. Lawatan tersebut tamat pada jam 12 tengahari dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati. 


Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pembukaan

Deligasi dibawa melawat ke kawasan Zon Nilam




Amalan-amalan baik yang diamalkan di Pusat Kesihatan menjadi contoh kepada deligasi yang hadir


Sesi penyampaian cenderahati kepada deligasi yang mengunjungi Pusat Kesihatan

Monday, 10 September 2018

MEDICAL CHECK UP PALAPES 2018

Pemeriksaan kesihatan (medical check up) PALAPES telah dijalankan pada 05-06 September 2018 bertempat di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam pemeriksaan kesihatan tersebut.  


Pelajar menunggu nombor giliran dipanggil untuk mengambil darah


Sebahagian pelajar yang terlibat dengan pemeriksaan kesihatan PALAPES