Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua. Semoga kehadiran tahun baru ini mendatangkan seribu rahmat dan keberkatan serta dorongan untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Tuesday, 1 January 2019
Friday, 30 November 2018
KARNIVAL KESIHATAN PUSAT KESIHATAN
Pada 27-29 November 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menganjurkan Karnival Kesihatan dan Majlis Pelancaran UiTM ke Arah Kampus Bebas Asap Rokok. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Karnival ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pusat Darah Negara (PDN), MAMPU dan CARETAKER UiTM Shah Alam.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan dan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan wanita (pap smear), aktiviti derma darah serta pelbagai jenis kuiz permainan. Selain itu, aktiviti seperti cabutan bertuah serta gerai-gerai jualan juga turut diadakan pada hari tersebut.
![]() |
| Suasana ketika pendaftaran pada hari karnival |
![]() |
| Aktiviti derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) mendapat sambutan hangat di kalangan pengunjung |
Semoga dengan penganjuran karnival kesihatan seperti ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pengunjung mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat serta persekitaran dan udara yang bersih tanpa asap rokok di dalam kampus untuk semua.
Monday, 22 October 2018
PERHIMPUNAN BULANAN PUSAT KESIHATAN OKTOBER 2018
Pada 12 Oktober 2018 telah diadakan perhimpunan bulanan Pusat Kesihatan bagi bulan Oktober anjuran kumpulan Zamrud. Dr Nik Kamaruddin Nik Nor mengetuai bacaan doa dan majlis diteruskan dengan bacaan budaya perdana warga UiTM dan bacaan ikrar bebas rasuah.
![]() |
| Encik Mohd Anuar Eshak sebagai pengacara majlis |
![]() |
| Puan Nor Hazirah Ismail membaca ikrar bebas rasuah |
![]() |
| Encik Mohd Nasrul Isham menjaga kawalan slide bagi membantu kelancaran majlis |
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Employee of The Month, surat kenaikan pangkat dan surat anugerah perkhidmatan cemerlang 2017.
| Staff Pusat Kesihatan yang menerima surat kenaikan pangkat |
| Staff Pusat Kesihatan yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) 2017 |
Monday, 15 October 2018
PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS
Pada 12 Oktober 2018, Pusat Kesihatan UiTM telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum kampus UiTM Puncak Alam dan Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Kedatangan delegasi UiTM di perkarangan Pusat Kesihatan pada pagi itu disambut mesra oleh Pengarah Pusat Kesihatan, Dr Zaiton Nasir serta barisan staff Pusat Kesihatan yang terlibat.
| Deligasi Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan |
| Deligasi Unit Kesihatan & Unit Kokurikulum UiTM Puncak Alam bergambar bersama Pengarah Pusat Kesihatan |
| Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pembukaan |
| Deligasi dibawa melawat ke kawasan Zon Nilam |
| Amalan-amalan baik yang diamalkan di Pusat Kesihatan menjadi contoh kepada deligasi yang hadir |
| Sesi penyampaian cenderahati kepada deligasi yang mengunjungi Pusat Kesihatan |
Monday, 10 September 2018
MEDICAL CHECK UP PALAPES 2018
Pemeriksaan kesihatan (medical check up) PALAPES telah dijalankan pada 05-06 September 2018 bertempat di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam pemeriksaan kesihatan tersebut.
![]() |
| Pelajar menunggu nombor giliran dipanggil untuk mengambil darah |
| Sebahagian pelajar yang terlibat dengan pemeriksaan kesihatan PALAPES |
Wednesday, 5 September 2018
PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR BARU SESI 2018
Pada 04 September 2018 telah bermulanya pemeriksaan kesihatan (medical check up) pelajar baru Sarjana Muda bagi kampus UiTM Shah Alam di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Dianggarkan seramai 300 pelajar melakukan pemeriksaan kesihatan dalam sehari.
| Memo berkenaan pemeriksaan kesihatan pelajar baru dipaparkan di laman web Pusat Kesihatan UiTM |
![]() |
| Antara pelajar baru yang menunggu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan |
Thursday, 30 August 2018
AUDIT PENSIJILAN EKSA MAMPU
Pada 28 Ogos 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan wakil auditor daripada MAMPU untuk pensijilan EKSA iaitu Puan Zuasma Binti Yahaya. Sesi pengauditan dijalankan di kawasan Zon Nilam, Zon Kecubung, Zon Berlian, Zon Delima dan Zon Zamrud.
| Sesi bergambar bersama auditor, Puan Zuasma binti Yahaya |
Sesi pengauditan dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit dan diikuti dengan pengauditan kawasan di zon yang terlibat.
| Encik Ekhwan Shafiq bin Abdul Khalik sebagai pengerusi majlis |
Sesi pengauditan di Zon Nilam.
Sesi pengauditan di Zon Kecubung.
Sesi pengauditan berjalan dengan lancar dan terdapat beberapa teguran yang perlu diambil tindakan segera. Semua warga staff Pusat Kesihatan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya sesi pengauditan tersebut. Semoga Pusat Kesihatan UiTM mendapat pensijilan EKSA.
Subscribe to:
Posts (Atom)










