Tuesday 24 January 2017

KAIZEN STEP STOOL



Pada 24 Januari 2017 Makmal Perubatan telah melakukan kaizen pada step stool. Idea ini telah tercetus apabila terdapat pelanggan yang hampir tersadung apabila pakaian mereka tersangkut pada PVC leather tape yang dilekatkan pada papan pemijak untuk melekatkan balutan papan yang terkoyak. Masalah ini berlaku apabila pelanggan selesai proses pengambilan darah di Phlebotomy Area Makmal Perubatan. Penyelesaian yang telah diambil adalah membalut papan pemijak dengan lapik yang baru.


Sunday 8 January 2017

BEBAS PLASTIK DAN POLISTERIN DI SELANGOR

      Kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan penggunaan beg plastik dan polisterin bermula 1 Januari 2017 ini. Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana melaksanakan kempen tersebut. 

Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.
Dianggarkan pula, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu ialah plastik. (sumber: BERNAMA)

Justeru itu kerjasama serta komitmen yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu diambil kira sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam. Jom kita bawa beg Go Green sendiri untuk mengisi barang yang dibeli :)


Monday 2 January 2017

SELAMAT DATANG 2017..



Assalamualaikum para pembaca blog Zamrud :). 2016 telah pun melabuhkan tirainya, maka bermulalah lembaran baru iaitu tahun 2017. Semoga tahun ini kita semua dilimpahkan rezeki, dapat mencapai matlamat serta azam yang ditetapkan. Diharapkan jua segala yang kita lakukan dipermudahkan dan menjadikan setiap kerja dan apa sahaja yang kita lakukan berhasil ke arah kebaikkan.