Thursday 27 August 2015

INOVASI ZAMRUD

Pada 26 Ogos 2015 ahli-ahli Zamrud telah bekerjasama membuat satu inovasi iaitu 'Rak kayu untuk gantung mop yang basah'. Sebelum ini, tukang cuci di Pusat Kesihatan telah menjemur mop yang basah di merata-rata tempat kerana tiada tempat yang khusus untuk gantung. Malah pada audit yang lepas pihak auditor telah membuat teguran berkenaan masalah ini. Maka lahirlah idea dari setiausaha kumpulan dan direalisasikan bersama-sama ahli. Rak kayu ini menjimatkan kos kerana menggunakan kayu terpakai yang sudah tidak digunakan lagi.Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Zamrud khususnya En. Jumali, kerana banyak menyumbangkan tenaga untuk inovasi ini.