Friday 30 November 2018

KARNIVAL KESIHATAN PUSAT KESIHATAN

Pada 27-29 November 2018, Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam telah menganjurkan Karnival Kesihatan dan Majlis Pelancaran UiTM ke Arah Kampus Bebas Asap Rokok. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Karnival ini telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pusat Darah Negara (PDN), MAMPU dan CARETAKER UiTM Shah Alam.




Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan dan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan wanita (pap smear), aktiviti derma darah serta pelbagai jenis kuiz permainan. Selain itu, aktiviti seperti cabutan bertuah serta gerai-gerai jualan juga turut diadakan pada hari tersebut.


Suasana ketika pendaftaran pada hari karnival








  
Aktiviti derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN)
mendapat sambutan hangat di kalangan pengunjung


Semoga dengan penganjuran karnival kesihatan seperti ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pengunjung mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat serta persekitaran dan udara yang bersih tanpa asap rokok di dalam kampus untuk semua.

No comments: