Friday 30 August 2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN SERTA PERSARAAN STAF

      Pada 30 Ogos 2019, Pusat kesihatan telah mengadakan majlis Perhimpunan bulanan yang bertemakan kemerdekaan serta Majlis Persaraan kakitangan  iaitu Pn. Siti Mahmudah dan Pn. Nafsiah Othman. Majlis ini diadakan di kawasan zon kumpulan Zamrud iaitu di lobi bangunan Annex yang dijayakan oleh kumpulan Nilam serta AJK kelab Pusat Kesihatan.
Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada ahli kumpulan Zamrud iaitu En. Anuar Eshak kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari UiTM.

Ketua kump. Pn Hanini memberikan cenderamata kepada Pn. Nafsiah Othman, kenangan dari ahli kumpulan Zamrud.

Cenderamata kepada Pn. Siti Mahmudah :)

Selamat Bersara Pn. siti dan Pn. Nafsiah..anda berdua sentiasa di hati kami :)

Sebahagian kakitangan Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama yang bersara. 

Tahniah En. Anuar!

No comments: