Friday 7 April 2017

HARI KESIHATAN SEDUNIA

       Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia yang disambut pada 7 april setiap tahun, Pusat kesihatan telah menganjurkan kempen Hari Kesihatan bertempat di dalam banggunan Annex Pusat Kesihatan bermula 5 April hingga 7 April 2017. Hari Kesihatan Sedunia ini disambut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa yang khusus. Ahli-ahli kumpulan Zamrud telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan.


Pengarah Pusat Kesihatan bergambar bersama-sama dengan kakitangan pusat kesihatan serta pelajar senamrobik.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari kempen tersebut iaitu senamrobik.

Ahli Zamrud begitu bersemangat dan ceria mengikuti senamrobik.



Kakitangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling turut sama menyertai kempen Kesihatan.

Suasana pada hari kempen tersebut.

No comments: